Wednesday, 4 November 2015

UPT Digital : Harap mahal je..

Dah lama sangat nak tulis topik ni tapi kesibukan membuatkan aku terlupa nak update blog ni. Topik kali ini ialah UPT digital vs UPT strips atau lebih tepatnya UPT mahal vs UPT murah.

Diringkaskan cerita, aku dah serik dengan UPT digital yang clear blue tu. Aku beli dengan harga lebih kurang RM31 di farmasi D'Apotic, itu harga ahli maksudnya ada diskaun 10%. Kalau bukan harga ahli dah tentulah harga lebih lagi. Berdasarkan pengalaman mengandung yang pertama tahun lepas, aku tak akan membazir duit beli UPT digital yang mahal tu kalau belum jelas mengandung, maksudnya selagi belum dapat BFP (big fat positive) atau dua garisan yang terang @ jelas, aku tak akan guna dulu UPT clear blue. Ada kenalan aku mengingatkan, jangan test guna UPT digital tu awal-awal, sebab kalau HCG level kita masih rendah, UPT digital tu tak dapat detect dan dah tentulah akan dapat keputusan NEGATIF atau NOT PREGNANT. Aku kononnya masih nak mengekalkan cara aku sebelum ni iaitu buat urine test guna UPT digital clear blue di pagi hari aku nak pergi jumpa doktor pakar @ gynae. Pengalaman aku tahun lepas, aku buat cara macam ni la, masuk je bilik gynae, terus tunjuk UPT digital yang dah tertulis keputusan PREGNANT tu siap dengan tempoh berapa minggu dah conceive. Gynae tak cakap banyak, terus suruh baring untuk scan perut. Senang kan cara macam tu. Dah tak payah pergi toilet dan tadah urine lepas tu tunggu pula staff nurse buat urine test, leceh. Aku dah buat awal-awal kat rumah dan keputusannya tunjuk je kat doktor. Gynae yang aku jumpa tu pula maklumkan, UPT digital 99% accurate. Maksudnya keputusan yang tertera pada skrin UPT digital tu memang konfem la, tidak was-was lagi.. hehe.

Tahun ni, kononnya aku nak ulang cara tu lagi. Punya lah nak elak buat urine test kat hospital tu.. hikhik. Bukan apa, malas la nak pergi toilet dan buang air kat toilet luar. Aku ni jenis yang tak berapa suka pergi toilet awam. Hospital swasta, biasanya toilet dia bersih je tapi ada juga hospital swasta yang aku pergi, ada masalah air maksudnya air sinki tak keluar. Aku ni jenis yang sebelum keluar toilet mesti nak cuci tangan dulu. Utamakan hygene, hehe. Ada tu yang aliran airnya kecil, jadi tak syok la nak membuang-buang air (paip) kat toilet tu, dah namanya pun buang air kan, hehe. 

Aku dah beli UPT digital awal-awal aku dapat double line, cuma masa tu masih faint line. Ditakdirkan bulan lepas kandungan aku tak jadi iaitu chemical pregnancy, jadi UPT digital tu dah tersimpan lebih kurang sebulan. expired date nya lama lagi iaitu tahun 2018. Jadi untuk conceive kali ni, aku dah bajet bila hari yang akan aku guna UPT digital tu, iaitu hari yang memang aku dah set appoinment dengan gynae untuk sahkan yang aku mengandung atau tidak. Aku dah dapat result double line beberapa hari sebelum due period. Sampailah hari yang aku sepatutnya datang period, period tak datang dan UPT double line yang makin terang. Aku dinasihatkan oleh kawan untuk tunggu dulu sampai seminggu lewat period. Tapi aku tak perlu tunggu sampai seminggu la sebab pengalaman mengandung yang lepas, masa lewat 3 hari je aku dah dapat double line yang pekat iaitu BFP. Hari demi hari alhamdulillah, double line makin pekat dan pekat. Aku seakan sedikit trauma dengan pengalaman bulan lepas iaitu double line makin cair makin cair last2 turun darah. So untuk bulan ni yang seolah dah nampak tanda jelas yang aku hamil lagi, aku buat UPT setiap hari. Dalam sehari kadang sampai 2-3 kali aku buat UPT. Punya lah aku nak alert, dalam masa yang sama sambil berdoa moga kandungan kali ni kuat dan menjadi. Segan dan risau juga kalau jadi macam bulan lepas, baik-baik dah set tarikh appoinment dengan gynae, tiba masa tak datang sebab turun darah. Lebih kurang seminggu lewat period aku jumpa gynae untuk minta doktor sahkan yang aku mengandung atau tidak. Pagi-pagi subuh tu aku bangun dan seperti biasa la, first thing in the morning mesti UPT.. haha. Ini adalah kegilaan orang yang mengharap atau menjangkakan diri sedang mengandung. Perkara wajib buat dalam toilet waktu pagi adalah buat UPT.. hehe. Aku pun dengan excitednya mengeluarkan UPT digital clear blue yang mahal  dan besar gedabak tu dari bungkusannya, dah standby gunting siap-siap dalam toilet, i tell u.. hehe. Aku pun mulalah operasi urine test. Sebaik sahaja selesai mencelup urine, aku pun perhatikan skrin UPT tu. Maka keluarlah simbol hour glass tu. Aku setia menunggu selama beberapa saat, sebab selepas hour glass tu habis loading nanti akan keluarlah keputusan PREGNANT atau NOT PREGNANT. Rasa tak sabar pula. TAPIIIIIIIII............ ramalan aku jauh meleset apabila aku tak melihat apa-apa keputusan maksudnya tiada keluar keputusan PREGNANT mahupun NOT PREGNANT.  Masa tu aku rasa macam sewel sikit sebab perkara pertama yang terlintas kat kepala aku masa tu adalah, MAHALLLL!! yup, benda tu mahal harganya but then bila buat ujian tak keluar apa-apa keputusan langsung. Nak kata benda tu rosak, kenapa keluar simbol hour glass tadinya tu?? Aku tak tau apa nak react. Nak menjerit ke, nak marah ke, nak sedih ke.. yang pasti aku sangat mengharap miracle, benda tu akan berfungsi dengan baik, mungkin dia pening-pening lalat tadi tu dan hanya nak buat gimik atau saja je nak bagi aku saspen sekejap. Tapi jangan haraplah. Bila skrin tiba-tiba jadi blank, tak usahlah nak mengharap apa-apa, kenalah terima kenyataan benda tu rosak atau tak betul atau gila sewel. Jauh di sudut hati aku mengharap kalaulah dapat tukar dengan UPT yang baru, tapi tak mungkin. Pada kertas manualnya ada tertera nombor cus svc untuk dihubungi tapi nombor luar negara ok, bukan nombor Malaysia, tak silap aku nombor New Zealand, no wonder lah harganya mahal sebab barang import. Untuk orang NZ senang la, baru berapa sen kot, bila dapat yang reject atau rosak, leh beli baru. Tapi kalau untuk orang Malaysia ni, harga RM30 lebih tu sangat mahal dan dengan nilai 30 lebih tu aku boleh dapat 40 pcs UPT strips plus extra 8 lagi tau sebab satu strip tu baru 80sen. 

Aku refer kes aku ni kepada kawan yang biz UPT strips. Katanya dia pun serik dan dah pangkah UPT digital sebab banyak error @ masalah, dah la MAHAL!! Mahal tapi kualiti OUTTTTT..huhhhh menyirap kan.. RM30 lebih tu leh makan lunch seminggu tau, huhu. Kalau menurut kawan aku tu, katanya mungkin bateri UPT tu dah habis. Aikkk, tinggal nak keluar keputusan pregnant or not, masa tu lah bateri kong? Tak keluar keputusan berapa minggu conception tu ok lagi, asalkan keluar lah keputusan pregnant or not. Mujurlah aku dah sediakan payung sebelum hujan. Untuk urine pagi tu, aku buat 2 ujian, satu guna yang digital, satu lagi guna jenis strips yang murah tu je. Keputusan double line pada upt murah tu aku seal elok-elok dalam plastik transparent, siap stapler lagi u! Kemudian aku masukkan dalam beg tangan untuk aku jadikan bahan bukti masa jumpa gynae nanti. Motif utama aku dah tentulah malas nak buat UPT kat hospital nanti, hehe. Gynae tengok UPT strips tu dan terus kira-kira dah berapa minggu kandungan aku. Kalau ikut kiraan, 6 minggu, tapi bila scan perut, baru 5w1d. Gynae kata faktor aku ovulate lambat. Memang betul pun, heeee. Aku tahu aku ovulate lambat iaitu CD20 sebab aku rajin buat OPK iaitu ovulation prediction kit, harganya mahal sikit dari UPT strips, dalam RM1 ke RM1.20 sebatang. Esok adalah appoinment kedua aku, gynae kata 7w dah boleh dengar jantung baby. Kalau ikut kiraan, sekarang aku dah 9w preggy, tapi kalau ikut scan baru 8w la. 8w dah boleh dengar jantung baby. Pengalaman pertama dengar heart beat baby tahun lepas, tak terkata rasa kagumnya, Allahuakbar.

Sebagai kesimpulannya, yang mahal tak semestinya bagus dan berkualiti. Yang murah pula tak semestinya tak bagus dan tak tepat. Dengan pengalaman aku ni, aku rasa nak pangkah terus UPT digital clear blue tu. Masa dapat skrin blank tu macam-macam kemungkinan yang aku fikir. Sebab dah lewat sangatkah buat ujian (HCG level tinggi sangat kot sebab tu UPT tak dapat detect)? sebab lama sangatkah celup urine? sebab banyak sangatkah urine yang tercelup pada stick UPT tu? sebab celup dalam sangatkah? Pelbagai soalan dan pelbagai kemungkinan. Aku tengok tarikh expired pada kotak, hmmm lama lagi expirednya tahun 2018, takkan lah dah rosak. Atau sebenarnya benda tu benda reject senang cerita tak ada pemeriksaan SIRIM la kalau barang letrik..hikhik.

Saturday, 10 October 2015

Mengandung lagi.. Alhamdulillah rezeki..

2015 tahun rezeki.. 2016 pun tahun rezeki inshaa Allah.. moga kandungan ni kuat dan sihat membesar sehingga lahir nanti..
2015 raya bertiga.. 2016 inshaa Allah raya berempat.. Alhamdulillah.. Thank You Allah..

Imbas balik diari 2015.. Pertengahan Januari aku selamat bersalin secara normal di salah sebuah hospital swasta di Johor ni.. Jangan gelak kalau aku kata masa tengok baby kawan sekitar Mac tahun ni satu keseronokan yang aku rasa dalam diri iaitu apabila dapat mendukung dan memangku baby kawan.. padahal baby aku masa tu baru berusia 2 bulan, means baby kecik lagi.. aku dah excited bila tengok orang lain baru dapat baby seolah macam aku dah lama tak pegang baby.. Mungkinkah keseronokan itu berpunca kerana baby tu baby girl dan aku memang teringin menimang baby girl sendiri.. hehe

Tulisan aku ni mungkin tak ada mana-mana blogger pun yang sekapala dengan aku. Masa usia baby aku baru 5 bulan aku dah mula bercadang nak tambah baby lagi... perasaan tu berterusan sampai lah baby aku 6 bulan yang mana aku ada berharap agar dapat mengandung lagi. aku cuba ber TTC tetapi gagal.. aku cuba minum pati kurma, susu kambing segar tetapi ada hikmahnya kenapa Allah belum izinkan untuk aku mengandung lagi.. Dia lebih tau bila kita dah betul-betul bersedia.. Dia lebih tau bila masa yang betul-betul tepat dan sesuai.. Oleh kerana aku pun cuma berharap dan cuba tak bersungguh, jadi aku ok je bila gagal sangkut. Baby aku pun kecil lagi.. masih perlu didukung sentiasa. Kalau aku cepat mengandung lagi maksudnya aku perlukan tenaga yang lebih dan stamina yang tinggi dan dah tentu aku kena lasak sebab nak mandikan baby, cibukkan dia bila dia poo poo kena berdukung. Kalau tak alah @ mabuk mengandung tak apa. Kalau mabuk yang teruk macam tahun lepas, terbaring je sepanjang hari sampai seminggu lebih, macam mana agaknya nak uruskan baby aku yang masih kecil sekarang. Tapi jauh di sudut hati sebenarnya aku memang berharap cepat mengandung lagi sebab faktor umur memandangkan aku kawin dah sangat lewat. Dah tua! sebab aku dah tua sebab tu aku kena kejar masa. Tak boleh ada istilah nak rehat @ nak tumpukan sepenuhnya pada baby sulung ni dulu.. memang tak boleh. Aku tak pasti ada tak orang yang boleh faham aku. Tapi kalau korang berada di tempat aku, mungkin korang leh faham dan rasa apa yang aku rasa. perasaan cemburu menguasai diri apabila tengok kawan2 sebaya yang anak dah berderet 4-5 orang. Aku baru ada sorang. Lagipun telinga aku pedih.. hati aku sakit apabila dengar suara2 sumbang yang menegur aku "Anak baru sorang?" penat kot aku nak jawab "ye.. baru sorang.. saya kawin lambat.." Paling menyedihkan bila ada yang tanya pulak "kenapa akak kawin lambat? memang tak nak kawin eh".. Kalau kau berada di tempat aku, apa kau rasa.. kalau rasa nak lempang je orang yang bertanya tu kita serupa.. tapi aku ada cara aku sendiri untuk menjawab dengan berhemah.. aku jawab "jangan cakap macam tu.. esok kena kat anak sendiri pulak kang... awak ada anak perempuan kan?"  Aku boleh jamin.. siapa yang dengar jawapan balas aku yang macam tu akan kecut perut lagi-lagi yang ada anak perempuan.. Siapa yang tak takut kan lau anak dara sendiri kawin lambat.. silap-silap dia akan cepat-cepat minta maaf dari kau sebab baru dia sedar dia dah terlepas cakap.. Seumur hidup aku dah dua kali aku ditanya soalan sedemikian oleh 2 orang educated person.. kerja dalam bidang profesional..kerjaya yang dihormati pula tu.. Kalau lambat kahwin orang akan tegur "memang tak nak kawin eh".. Sama juga bila kita lambat dapat anak.. ada juga orang yang bermulut celupar yang tanya aku "memang tak nak anak eh?" Kau rasa apa? bukan nak lempang lagi dah tapi rasa macam nak cili-cili je mulut orang yang bertanya tu.. sekali lagi, orang yang bertanya tu adalah dalam golongan educated person juga dan masa tu dia sedang mengandung. So sekarang aku sedar, kalau bab jodoh dan anak ni, kau akan jumpa orang yang bermulut celupar ni tak kira apapun golongan, apapun kerjayanya, berapa pun umurnya, apapun kategorinya sama ada terpelajar atau tidak, sama ada orang yang berkerjaya atau setakat surirumah tangga sepenuh masa, sama ada orang tua yang kubur dah memanggil-manggil tu atau adik-adik yang masih muda yang baru 20an dan sampai jodoh pun umur 20an juga.. Tak kira siapapun, cikgu ke, peguam ke, doktor ke, makcik-makcik kat kampung ke.. orang yang berpotensi untuk bermulut celupar ni ada di mana-mana.. ada di sekeliling kita..

Sambung balik cerita pasal TTC tadi. Bulan berikutnya, masa baby aku 7 bulan, aku tergerak nak buat UPT memandangkan beberapa hari sebelum tu aku demam. Sejak kahwin aku  memang jarang demam, alhamdulillah. Jadi merujuk kepada diri aku @ badan aku, aku kira aku boleh faham ragam badan aku sendiri. Demam aku boleh merujuk kepada keadaan dah mengandung dan demam tu adalah sebagai petanda kita dah mengandung atau dengan kata lainnya, demam sebab ada isi. Dulu aku pun tak tau sampailah sorang kakak ni tanya, kenapa aku demam sebab masa tu aku MC 2 hari kalau tak silap (demam 3 hari). Masa tu aku rasa pelik sangat kenapa mesti tanya kenapa aku demam. Normal la kan demam demam ni.. Tak pelik lah kalau dengar orang demam. Tapi tu la seumur hidup aku aku ditanya kenapa aku demam. Rupanya yang kakak tu maksudkan adalah, demam ada isi ke. Lepas tu aku pun terfikir soalan dia tu ada relevannya. Boleh jadi juga demam aku masa tu demam dah ada isi sebab macam aku kata tadi, aku jenis yang jarang demam dan cara aku demam pagi tu memang sangat pelik. Bangun pagi tu aku rasa macam biasa je. Then en suami yang tidur kat sebelah aku bersin, aku terus bangun dan galih ke katil bilik sebelah. Sebab aku ni memang pantang betul kalau orang bersin depan aku. Dari bersin la kuman leh merebak ikut udara apabila kita hidu, sebab tu bersin kena tutup mulut. Aku rasa cik abg aku tu ada resdung sebab dia memang kuat bersin bangun pagi. Hari tu hari cuti, jadi aku sambung tidur kat katil bilik sebelah. Bangun tidur yang kedua kali tu terus aku demam. Aku mengomel-ngomel marahkan en suami dlm hati sebab puncanya dia bersin la yang aku demam ni. So cara aku jatuh demam tu memang pelik kan.. Bangun pagi asalnya ok je kemudian sambung tidur, bangun lagi sekali dah demam pun. puncanya bersin suami la. Aku pernah terbaca, bila dah kahwin, badan kita akan mengesan apa yang dari suami kita sebagai benda asing. Aku faham bila baca artikel tu tapi tak pandai nak explain balik kat sini.. hehehe..

Hasil UPT yang aku buat beberapa hari selepas demam masa baby aku baru 7 bulan lebih tu, aku dapat keputusan yang macam positif sebab line kedua sangat kabur. Keesokan harinya aku buat lagi UPT, masih dapat line kedua yang samar-samar. Hari ketiga aku buat UPT dapat line kedua yang dah pekat sikit dan bila snap gambar dah boleh nampak dalam gambar. Tak macam yang sebelum-sebelum tu masa dapat faint line, kalau snap pic pun x kan nampak dlm pic, hanya leh nampak dengan mata kasar depan mata sahaja. Aku dah mula gembira, dah mula kongsi kegembiraan dengan orang-orang terdekat dan dengan suami. Suami aku kata "kabur lagi". Dia pula rabun, masa dia tengok UPT strip tu dia tak pakai cermin mata, memang lah tak nampak sangat kot. Ah aku tak peduli la dia nampak ke tak, yang penting aku leh nampak dan orang-orang yang aku share pic UPT tu pun terutama 'supplier' UPT yang aku beli secara borong tempoh hari pun leh nampak dan ucap tahniah pada aku. Aku punya excited sampai terus buat appointment dengan gynae, terus calculate EDD aku, terus cakap-cakap dengan baby sulung aku yang dia akan dapat adik. Tapi, kegembiraan tu sekejap sangat aku dapat rasa.. Keesokan harinya keputusan UPT menunjukkan line kedua yang samar semula. Jujur aku memang tak sedap hati sebab mana mungkin dah dapat double line yang agak terang kemudiannya pudar semula. Aku refer kes aku ni pada supplier UPT aku. Katanya, kalau double line pudar semula macam tak berapa baik, sebab ada customer dia yang sama kes macam aku. Dah dapat line kedua yang pekat kemudian pudar dan makin pudar lama-lama hilang, tu dipanggil chemical pregnancy ataupun kehamilan kimia iaitu kandungan yang tak jadi dan gugur awal-awal lagi. Aku tak mahu terpengaruh dengan kata-kata dia lantas sedapkan hati sendiri dengan berkata dalam hati, mungkin masa buat UPT tu cara aku tak betul (celup sekejap sangat).

Keesokan harinya aku mula rasa pening-pening dan yang paling tak syoknya bila rasa sakit perut macam nak period. Aku mula tak sedap hati sebab pengalaman aku mengandung tahun lepas, bila dah sangkut tu memang tak ada rasa sakit perut atau simptom-simptom nak mensus yang lain.  Tak lama lepas sakit perut tu, aku nampak ada lendir coklat cair kat panty liner. Aku mula rasa cemas. Aku refer pada bff aku. Katanya normal tu kalau baru lekat ada keluar brown spot. Aku pun ada juga dengar kes macam tu, yang mana baru lekat tapi keluar juga sikit darah period tapi tu sebenarnya bukan period, ia dipanggil implantation bleeding maksudnya benih tu baru melekat kat dinding rahim kita kemudian ada keluar darah sikit-sikit. Tapi kalau tanya hati aku, memang aku dah rasa tak sedap hati dan seakan-akan aku nak period sebenarnya sebab kalau nak period pun keluar darah coklat dulu kan. Malam tu aku ajak suami ke klinik dan doktor yang memang biasa checkup orang mengandung tu kata, kalau dapat double line yang samar, dikira tak pregnant. Melainkan dapat double line yang pekat barulah dikira pregnant. Aku seakan macam tak boleh terima kata-kata doktor maklumlah guru aku kan si google ni.. haha.. So far banyak banyak banyak blog @ forum @ grup dalam fb yang aku baca, masing-masing akan kata double line yang samar tu pun dikira pregnant. Doktor tu tambah lagi, supplier UPT yang bagi guideline macam tu, kalau line samar x pregnant. Akhirnya aku terpaksa akur dengan kata-kata doktor bila doktor suruh aku tunggu lagi seminggu sebab kalau nak ikutkan period aku belum due pun sebab LMP aku 4hb, hari tu baru 30hb nak masuk 1hb.

Tengah malam masa tengah lena tidur aku terjaga jam 2 pagi sebab rasa darah period keluar menderu macam air hujan. Aku takut terlambak kat katil so cepat-cepat aku bangun pergi toilet. Memang banyak dan laju je darah yang keluar tu malah besar-besar dan ketul-ketul pula tu. Masa tu aku redha dan terima hakikat yang kandungan aku sebenarnya tak jadi atau istilah yang tepatnya adalah aku sebenarnya alami chemical pregnancy. Keluar dari toilet perut aku masih rasa sakit memulas tapi cuba buang air tak ada apa yang keluar pula. Aku sambung tidur dan bangun jam 9 pagi (kebetulan hari cuti), alhamdulillah perut aku dah tak rasa sakit lagi dah dan darah pun dah normal je keluar tak la terlalu banyak lagi. Dalam hati aku berkata, oooo macam ni rupanya rasa chemical pregnancy. Kalau aku tak buat UPT awal tentu aku tak sedar yang aku sebenarnya dah pregnant. Mesti aku ingat ni darah period biasa .. tapi kalau darah period biasa tak kan keluar yang ketul-ketul besar-besar dan menderu macam air hujan macam yang aku alami ni. Ramai orang yang tak sedar mereka sebenarnya ada alami kehamilan kimia ni sebab dorang sendiri tak sedar yang dorang sebenarnya dah mengandung. Ye lah siapa yang rajin dan alert sangat nak buat UPT awal-awal kan. Biasanya orang buat UPT bila dah lewat period 2-3 hari. Macam kes aku, kenapa aku suka buat UPT awal sebab aku sedang berTTC jadi bila hujung cycle dah tak sabar-sabar nak tau lekat ke tak.. hahaha.. Tak apa lah. Mesti ada hikmah kenapa takde rezeki.. Mesti ada hikmahnya kenapa tak jadi. Aku rasa ada 2 sebab kenapa kandungan ni tak jadi. sebab pertama ialah malam yang esoknya aku ada dapat double line yang agak pekat tu aku ada ML dengan suami dan mungkin air $ suami tu ada efek kepada benih yang baru nak lekat tu. Aku cuba membayangkan katalah tayar kereta kita terkena tahi kucing, kemudian kita pancit dengan air untuk buang tahi kucing yang melekat tu, dah tentu lah tahi kucing yang melekat kat tayar tu tadi akan jatuh apabila dipancit dengan air. Benih tu baru nak melekat dan tak kuat lagi grip dah kena 'pancit'.. ihikss.. Aku selalu dengar awal-awal pregnancy ni jangan bersama suami dulu. Bila dah lalui pengalaman macam ni barulah aku faham dan rasa relevan fakta tu. Sebab kedua, mungkin sebab masa beberapa hari selepas ovulasi tempoh hari aku ada alami depressed sampai 3 hari.. nangis je siang malam.. mungkin tu pun leh jadi efek juga sebab kalau nak mengandung tak boleh stress. Yang aku tahu, kalau kandungan tak jadi macam kehamilan kimia ni sebab kromosom tak sempurna jadi lebih elok ia gugur awal-awal kan.

Tu cerita bulan lepas. Bulan ni aku berjaya hamil lagi, alhamdulillah. ikut pengiraan aku sekarang dah 6w. dah semalam pun dah dapat BFP (big fat positive). sebelum ni double line juga cuma tak la sepekat BFP ni. Aku dah buat UPT seminggu sebelum due period iaitu start 28hb yang lepas. Ikut pengiraan due period aku sepatutnya pada 4hb walaupun bulan lepas aku period pada 1hb. Bulan ni lewat sikit sebab aku ovulate lambat iaitu CD20. Pada 28hb aku dah dapat faint line dan faint line tu konsisten je selama lebih kurang 3-4 hari. Pada 1hb nak masuk 2hb tempoh hari UPT aku dah mula menampakkan double line yang makin pekat dan aku menarik nafas lega sebab pengalaman checmical pregnancy bulan lepas yang mana asalnya faint line kemudian dapat line pekat kemudian samar balik membuatkan aku cukup serik dan berjaga-jaga.. membuatkan aku rajin buat UPT sebab nak tengok konsistensi HCG level dalam badan aku. Kalau dia konsisten samar selama beberapa hari itu tak kisah sebab aku buat UPT pun awal lagi iaitu lebih kurang 6 hari sebelum due period. Apabila menghampiri due period double line tu semakin pekat, alhamdulillah. Aku guna upt strip yang kepekaannya 10miu jadi walaupun HCG level kita masih rendah @ sedikit, kita masih boleh dapat positive result iaitu double line walaupun samar-samar. Kalau kita memang tak mengandung, memang tak akan dan sangat mustahil untuk dapat double line walaupun samar-samar. Senang cerita, kalau tak ada hormon HCG dalam badan kita, mana mungkin untuk dapat double line pada hasil ujian UPT. Alhamdulillah UPT yang aku beli secara borong ni pun murah je, 80 sen sahaja sekeping so beli 10 baru RM 8.00 kan berbeza kalau kita beli kat farmasi, beli sekeping pun dah mencecah harga RM10. Cuma bila beli online ni ada kos pos nya jadi untuk jadikan kos pos tu berbaloi beli banyak-banyak terus, jangan beli sikit-sikit, rugi duit pos. Aku bajet sehari aku akan buat UPT sebanyak 2 kali iaitu bangun tidur pagi dan sebelum tidur tengah malam. Pengalaman aku buat UPT tengah malam, dapat result yg sama je dengan result bangun pagi, mungkin HCG level dalam badan kita bertambah semasa tengah malam, wallahua'lam, tapi memang tak ada beza kalau buat upt pagi-pagi sebaik sahaja bangun tidur iaitu first urine of the day ataupun belah malam iaitu yang dah 4rd atau 4th urine of the day.  Bulan lepas masa aku lalui pengalaman chemical pregnancy pun aku punya upt still double line walaupun aku buat UPT pada jam 2 petang padahal masa tu dah hampir-hampir turun darah 'period'.


Anak kuning.. pengalaman maha perit dan berharga

Jaundis.. perkataan yang aku baru kenal apabila baru bergelar ibu. Itu nama modennya atau istilah medic. Nama lainnya adalah kuning sebab kulit bayi akan jadi kusam dan boleh jadi gelap atau kemerahan seperti udang kena bakar, walaupun belum dijemur di bawah lampu fototerapi. Apabila ditekan dengan jari kita di bahagian muka atau badan, warna kuning pada bekas yang ditekan tadi akan jelas kelihatan sebaik sahaja kita melepaskan jari kita dalam kadar 5 saat atau lebih. Cara lain untuk mengenalpasti bayi kuning atau tidak ialah bawa ke luar rumah sekejap, tengok di bawah cahaya matahari bahagian mata putih bayi. Kalau kuningnya ketara boleh jadi dah tahap 2 atau 3. Kalau tak begitu ketara mungkin baru tahap 1. Cara ini hanya untuk kenalpasti bayi kita kuning atau tidak, bukan suruh jemur di bawah matahari. Aku lihat sendiri nurse klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA) buat masa datang melawat aku dan baby. Masa tu awal lagi sekitar jam 9.30 pagi. Hari tu pula adalah hari keempat baby ku. Hari tu juga kami diarahkan ke KK untuk check kuning anak sebab ikut cara manual, nurse mengatakan jaundis anak aku dah tahap 2. Hari itu memang sepatutnya kami ke hospital penawar sebab memang kami disuruh check kuning anak pada hari ketiga bayi. Bacaan kuning anak aku semasa hari ketiga tu adalah 11. Kalau ikut nurse KK aku dah cuak dan cemas, sebab dengar dah tahap 2 maksudnya dah agak tinggi. Tapi bila rujuk kepada doktor di hospital penawar katanya tak perlu risau, 11 tu tak terlalu tinggi. Aku lega, pada masa tu tapi selepas aku dah faham tentang bacaan kuning ni baru aku rasakan yang kata-kata doktor tu tak relevan. Patutlah, dia cuma doktor part-time je di situ. Caj pun baru RM47 masa tu which is bagi aku sangat murah. Beza betul caj doktor pakar dengan doktor part-time sahaja. Kalau jumpa doktor pakar, masuk bilik doktor je dah kena caj dalam lingkungan RM100 iaitu caj konsultasi. Belum lagi caj ubat-ubatan dan lain-lain. Sekarang ni bila aku fikir-fikir balik, sebenarnya bacaan 11 tu dah agak tinggi untuk baby yang baru 4 hari. Kemungkinan besar bayi aku dah kena kuning bermula seawal hari kedua dan kuningnya makin menngkat pada hari ketiga. Cuma pada hari keempat sahaja aku dapat kesan anak aku kuning sebab nurse KK datang melawat dan aku dan suami bawa anak pergi check kuning kat private.

Hari keenam, nurse KK datang lagi, untuk check baby. Masa tu aku dah masuk fasa stress bila dikatakan kuning anak aku makin tinggi. Anak aku pula asyik tidur je, tidurnya lama pula tu. Nurse bertugas mendesak aku untuk ajak suami pergi check kuning anak, tapi yang sedihnya suami tak ambil berat sebab baginya kuning itu biasa. Aku minta nurse cakapkan sendiri dengan suami aku tentang bahaya kuning ni dan minta tolong nurse cakapkan juga padanya supaya bawa anak pergi check kuning. Aku sangat takut bila diceritakan tentang bahaya kuning, jika tinggi sangat boleh menyebabkan bayi hilang pendengaran, cacat otak dan sebagainya. Na'uzubillahi min zalik, mohon dijauhkan. Nurse juga ada menegur, kalau terlalu tinggi kuning anak boleh jadi sampai kena tukar darah. Petang tu aku dan suami pergi bawa anak ke KK untuk check kuning. Bacaan dah agak tinggi juga iaitu 14. Masih ada peluang untuk ikhtiar.. masih ada peluang untuk turunkan kuning anak atau sekurang-kurangnya jangan sampai bacaan tu naik dan naik lagi hingga ke tahap anak akan ditahan di hospital dan dijemur di bawah lampu fototerapi.

Keadaan ini berlarutan selama lebih kurang 2 minggu. Kuning anak aku di tahap antara 11-15. Apabila bacaan kuning anak turun, doktor arahkan aku untuk datang check lagi kuning anak 2 hari kemudian, tetapi apabila bacaannya meningkat atas kekal sama, doktor arahkan aku untuk datang lagi keesokan harinya, maksudnya setiap hari aku kena berulang-alik ke KK untuk check kuning anak, padahal kita baru lepas bersalin, sepatutnya tempat kita di rumah.. berehat.. Tapi bila anak kuning, memang x ada istilah rehat dan pantang bersalin yang sebetul-betulnya sebab setiap hari kita terpaksa keluar ke klinik untuk check kuning anak. Dukung anak ke sana ke mari, naik turun kereta untuk check kuning anak. Tengok tumit kaki anak yang halus tu dicucuk setiap hari untuk diambil darahnya untuk ujian kuning, mendengar anak menangis apabila kakinya dicucuk jarum. Itu belum lagi kalau anak kena tahan wad dan dijemur di bawah lampu fototerapi. Sungguh penat once dah bergelar ibu. Satu perjuangan untuk menurunkan kuning anak.. satu perjuangan untuk menyusukan anak dengan kerap iaitu setiap sejam, boleh jadi setiap setengah jam. Rehat entah ke mana, tidur entah ke mana. Kalau dapat tidur malam paling lama 2 jam itu dah cukup baik, tapi bila anak kuning, setiap jam kita kena susukan dia dengan susu badan.

Ada 1 hari tu bacaan kuning anak aku kekal 15 je, doktor bertugas terus keluarkan arahan bawa anak aku ke hospital besar dan dia mengeluarkan surat supaya anak aku ditahan di wad untuk jalani rawatan jemuran di bawah lampu fototerapi. Katanya lagi, kuning anak aku dah sampai kaki dan dia menunjukkan reaksi cemas. Masa tu baru aku rasa suami aku mula cemas, yang mana sebelum ni dia endah tak endah je bila anak kuning dan mengatakan normal baby kuning sebab perubahan alam. Susah juga nak bagi dia faham akan bahayanya kuning ni sampailah dia lalui sendiri bila kuning anak makin tinggi atau tak turun-turun sampai diarahkan ke hospital besar. Masa tu baru aku nampak dia call kakak abang dia untuk minta petua atasi kuning. Kalau tak jadi macam tu, mungkin dia masih ambil mudah tentang kuning anak dia. Dia tak sedar akan bahaya kuning.

Petang tu kami ke hospital KPJ untuk check kuning anak dan yang buat kami terkejut bila dapati bacaan lab KPJ jauh lebih tinggi dari KK iaitu 18 dan kalau ikut prosedur klinik kerajaan, bacaan 18 memang dah kena tahan wad. Untuk ibu yang berdarah O, kalau bacaan kuning anak 15, dah kena tahan wad, tapi sebab aku darah A jadi ambilkira yang bacaan 18 tu. Aku rasa macam tak boleh diterima logik akal, mustahil pagi tadi check kat KK, bacaannya 15 tiba2 petang ni jam 5pm bacaannya melonjak jadi 18. Sangat tak masuk akal! Doktor ada bertanya, nak masukkan anak ke wad atau tak. Aku memang tak ada pilihan untuk jawab tak kan sebab bacaannya dah 18! Dah sangat tinggi dan memang dah tahap wajib masuk wad @ kena jemur bawah lampu. Hari itu adalah hari yang paling sedih dan suram bagi aku sebab sebaik sahaja sampai di katil wad, anak aku seakan tak mahu lepas dari aku. Dia menangis je bila diletak dan sentiasa nak melekap pada badan aku. Sampai 2 jam lamanya dia dah melekap pun, bila kita nak letak dia atas troli dia, dia nangis. Last-last aku stress, aku minta staff KPJ buatkan dia susu fm sebab aku rasa baby aku tak kenyang sebab tu asyik nangis je. Pada mulanya staff tu keberatan sebab katanya di KPJ, hanya digalakkan susu ibu sahaja. Aku cuba explain kat dia, mungkin susu badan aku tak banyak atau belum keluar sebab tu anak aku asyik lapar je. Lagipun macam mana nak jemur dia dalam troli dia kalau dia asyik nangis je, lebih2 lagi sebab dah dibuka baju dan seluarnya, hanya dipakaikan pampers sahaja dan ditutup pula matanya. Mungkin juga baby takut atau sejuk air cond hospital.

Asalnya anak aku sepatutnya ditempatkan di bilik khas untuk jalani rawatan fototerapi tapi sebab aku pun minta satu katil untuk aku tidur juga di hospital, hospital benarkan untuk bawa baby sekali tidur sebelah katil aku. Staff KPJ mula sambung-sambungkan wayar-wayar atau peralatan fototerapi. Aku dibenarkan letak baby atas katil aku dan aku boleh baring sebelahnya. Ini memudahkan untuk aku bf dia sejam sekali. Tapi masalahnya anak aku tak mahu diletak langsung atas katil. Dia menangis je tak berhenti. Aku sentiasa kena pangku dia dan dodoikan dia. Kemungkinan besar dia takut sebab matanya ditutup dengan penutup khas. Bila dia menangis, penutup mata tu akan terlondeh jatuh ke hidung. Keadaan tu buat aku sangat cemas sebab lampu fototerapi sedang menyala n cahayanya sangat menyilaukan mata. Aku banyak berfikir yang buruk-buruk. Aku tak mahu terjadi apa-apa pada anak aku sebab bukan senang nak dapat anak tambahan pula aku kawin lewat. Aku tak mahu semasa aku sedang tidur, penutup mata anak aku terlondeh dan mata anak aku terdedah sepenuhnya kepada cahaya lampu fototerapi tu. Macam-macam yang buruk aku fikir. Badan aku letih Allah sahaja yang tahu. Anak aku betul-betul meragam apabila nak dijemur, seolah dia tak mahu langsung. Suami aku datang malam tu hantar makanan sebab tak ada makanan untuk aku yang hospital sediakan untuk malam itu sebab aku admit pun dah pukul 6 lebih petang. Aku langsung tak ada selera untuk makan. Aku makan sikit je itupun paksa sebab takut lapar tengah malam nanti. Hati aku tak keruan melihatkan anak menangis je tak berhenti. Ayah dia la yang bantu pangku dia dodoikan dia. Agak-agak dah senyap dan dah tidur, ayah dia pun letak dia atas katil dan jemur bawah lampu. Tak sampai 5 minit anak aku akan menangis semula. Buntu sangat tak tahu nak buat apa lagi. Allah je yang tahu betapa peritnya pengalaman tu malam tu. Aku sangat penat. Aku sangat ngantuk. Tapi kerana risaukan anak aku, aku langsung tak bolehh tidur. Aku tahan suami aku supaya jangan balik dulu, tolong teman aku sebab aku betul-betul stress lalui saat tu seorang diri tambah bila anak aku menangis tak henti. Suami balik lewat juga sekitar jam 1 pagi. Aku kuatkan diri untuk tempuh saat-saat genting tu. Aku sentiasa fikir macam mana nak lalui keadaan tu sampai pagi. Tak tidur sampai pagi kah aku?

Staff KPJ offer untuk amik anak aku dan mereka nak jagakan. Tapi aku bertegas enggan. Sebab aku risaukan penutup mata anak aku terlondeh dan mata anak aku kena cahaya silau lampu fototerapi tu. Double phototheraphy.. bukan single. maksudnya guna 2 lampu. Bayangkan je lah macam mana silaunya. Aku tetap berdegil sebab aku berpendapat hanya aku sebagai ibunya yang dapat menjaga anak aku dengan betul, tanpa cuai. Kalau staff nurse yang jaga, aku tak yakin. Sebab anak aku jenis yang tak reti diam, setiap kali dia bergerak dan menangis, setiap kali tu juga aku tengok penutup matanya terlondeh. Aku menyalahkan kualiti penutup mata tu kenapa x bagus? kenapa loose? kenapa tu kenapa ni. sampaikan aku request penutup mata lain yang kecil sedikit saiznya sebab saiz yang anak aku pakai tu mungkin longgar dan terlalu besar menyebabkan ia mudah terlondeh apabila bergerak-gerak.

Aku dapat juga lelapkan mata. Boleh tak bayangkan dengan keadaan kita yang tengah nifas tu, dengan badan kita yang sangat penat dan sakit-sakit sebab restless, ditambah dengan stress sebab anak sakit, Allah sahaja yang tahu betapa peritnya pengalaman tu. Sangat perit tetapi sangat berharga. Membuatkan aku serik untuk laluinya lagi andai dikurniakan anak kedua dan seterusnya nanti. Kepenatan dan keletihan aku semalaman hingga menyebabkan aku hampir hampir cuai terlepas anak aku daripada tangan semasa nak dukung dia. Sudahlah katil hospital tu lagi tinggi dari katil kat rumah. Penghadangnya pula tak menutup penuh bahagian tepi katil kiri kanan. Mujur aku dapat pantas .. kalau tak entahlah apa yang akan terjadi. Baby baru berusia seminggu lebih dah jatuh katil? Tinggi pula tu.. Allah.. tak dapat ku bayangkan. Aku bersyukur sangat pada Allah sebab selamatkan anak aku daripada kecuaian aku. Pendek kata, apabila anak sakit, kita sebagai ibu kena juga berehat supaya kita punya cukup tenaga dan stamina untuk menjaga anak yang sedang sakit. Makan juga kena yang berkhasiat. Minum pula kena banyak air putih. Tapi aku tak hirau semua tu. Aku enggan minum air putih sebab tak mahu asyik ke toilet je. Leceh bagi aku nak salin-salin pad kat toilet hospital. Tak selesa.

Pagi tu darah anak aku diambil untuk diuji bacaan kuningnya. Sementara menunggu keputusan, aku terima kunjungan daripada ketua staff di situ. Dia sebenarnya datang nak tenangkan aku, motivate aku. Tapi aku yang tengah depressed tahap tinggi ni tak boleh terima apapun kata dia. Sebenarnya apa yang diperkatakannya semuanya betul. Aku tak boleh stress. Aku kena cukup rehat cukup tidur, barulah boleh susukan anak aku. Tapi masa tu aku berkeras nak keluar dari hospital tu. Aku tak terima apapun cadangannya supaya anak aku ditahan lagi dan biar staff yang jaga anak aku sepenuhnya. Menjelang tengah hari doktor datang untuk bincangkan keputusan bacaan kuning anak aku. bacaannya cuma turun 0.1 sahaja yang mana bacaan sebelum 18.4 (kalau tak silap la.. dah lama sangat.. dah tak berapa ingat bacaan yang tepat), bacaan terkini 18.3.. still high kata doktor. Doktor tak nampak cemas tapi dia nampak hairan kenapa turun sikit sangat seolah tak turun langsung padahal dah guna dua lampu. Aku minta pada doktor untuk keluar hospital. Doktor benarkan dengan syarat aku kena pergi ke gov. Aku kata yes memang nak pergi gov sebab siapa tahan kalau kos 1 malam RM600, 2 malam dah berapa. Walaupun aku ada duit simpanan, tapi aku bukanlah begitu kaya sangat sampai tak kisah pun hal kos @ bill hospital.

Sekitar jam 2pm kami dapat keluar hospital yang mana aku rasa lega sangat-sangat. Bermalam di hospital walaupun berdua anak aku, di hospital swasta pula tu sangat-sangat-sangat menggerunkan seakan terpaksa bermalam di lokap @ penjara pula. Balik je dari hospital, kami suami isteri ikhtiar untuk turunkan kuning anak supaya tak ditahan di hospital besar. Aku ceritakan tips yang aku dapat dari staff KPJ berkenaan mandi air rebusan daun kucai. Suami aku buat petang tu. Malamnya lepas magrib kami bergegas ke hospital besar,unit kecemasan. Selama sejam menunggu untuk dipanggil doktor, apabila tiba giliran kami doktor kata, kesiannya lama tunggu dengan bawa baby. Doktor tu doktor india muda, lingkungan pertengahan 20an. Doktor enggan tahan anak aku kerana katanya kuning anak aku tak teruk, tak sampai kaki.. perut pun tak sampai. Aku sedikit lega. Untuk lebih kepastian, doktor tu refer pula pada doktor lain. Doktor melayu, muda, perempuan juga. Dia ada bertanya kenapa dah malam baru datang, sebab malam tak sesuai untuk check kuning memandangkan keputusan ujian darah akan mengambil masa sejam. Maksudnya kalau nak check bacaan kuning anak aku malam tu juga, aku kena tunggu lagi sejam baru dapat tahu resultnya. Jadi atas nasihat doktor, esok pagi-pagi pergi check kuning di KK. Hati aku melonjak riang sebab tak kena tahan wad. Yang paling happy dengar, kuning anak aku tak sampai perut pun so tak perlu kena tahan wad. Melalui rekod kuning anak aku, doktor kata baru 15 tak perlu masuk wad. Kalau 18 baru kena tahan wad. Masa tu aku cakap dalam hati, kalaulah doktor tu tau yang aku sorok rekod hospital KPJ  yang bacaan kuning anak aku 18 entah macam mana agaknya reaksi doktor-doktor situ. Suami aku sebenarnya suruh aku tunjuk je surat dari doktor KPJ tapi aku berkeras enggan sebab bagi aku bacaan kuning KPJ tak relevan. Mungkin spec lab dia jauh lebih tinggi dari gov. Tapi ada juga aku rasa macam nak tahu apa agaknya reaksi doktor hospital kerajaan apabila tengok rekod bacaan KPJ jauh beza dari KK. Dengan ujian manual yang dibuatnya iaitu tekan pada kulit anak dan tengok pada mata putih anak, adakah hospital gov akan tahan juga anak aku atau tak.Sebelum balik, doktor India muda yang baik hati tu tuliskan satu surat untuk tunjuk pada KK berkenaan anak aku tak perlu dimasukkan ke wad. Surat tu aku serah ke KK keesokan paginya. Doktor Melayu muda yang bagi aku kerek dan dengki kat aku dan anak aku sampai suruh anak aku warded tu terkejut tengok aku di KK pagi tu sebab dia ingatkan aku tak pergi hospital. Aku cerita pada dia yang aku pergi juga KPJ satu malam je kemudian nak pindah ke hospital besar tapi hospital tak terima. Dia tak banyak songeh. Dalam hati aku kata, kerek sangat nak suruh orang masuk wad, sekali doktor hospital gov tak mahu terima pun kita.. ihiksss..

Pengajaran yang aku dapat daripada anak kuning sangat banyak. Antaranya :
1. Jangan jemur anak di bawah cahaya matahari. Jangan ikut cakap-cakap orang.. Anak kita biar kita jaga dengan cara kita. Memang kena ada sedikit knowledge pasal cahaya matahari. Ada beza antara cahaya matahari dengan cahaya uv. Orang-orang tua khususnya berpendapat jemur anak di bawah cahaya matahari pagi boleh menurunkan kuning anak. Itu salah. Jemur di bawah cahaya @ sinar uv sebenarnya dan waktu yang sesuai hanya waktu awal dhuha iaitu sekitar jam 8-9 pagi. Kalau dah cecah pukul 10 pagi pun nak jemur, tu saja nak menyeksa baby namanya. Kesian baby. Kulitnya tipis, mild, fragile, sensitif lagi tapi orang-orang tua atau parents sibuk nak jemur baby bawah cahaya matahari. Cahaya matahari sekarang bukan macam cahaya matahari dulu. Dulu tengah hari buta jam 12 pm baru terasa panas. sekarang baru pukul 9 lebih atau 10 pagi dah terasa panasnya. Cahaya matahari sekarang banyak kesan buruknya, silap-silap kalau setiap hari jemur baby bawah cahaya matahari tu boleh kena kanser kulit si anak tu.. kesian! Sorry la i memang emo kalau nampak orang jemur anak ni, tapi kadang-kadang apa yang kita pantang, tu la yang jadi depan mata. keluar dari bilik air untuk mandi pagi, cari-cari mana baby, rupanya ayah dia bawa pegi depan rumah jemur anak. Rasa nak menjerit je. Stress betul. Jam dah pukul 10 lebih pagi dia leh jemur anak tengah-tengah panas tu.

2. Bila anak kita kuning, itu tandanya susu badan kita belum @ lambat keluar @ belum banyak. Sepatutnya kita kena ikhtiar untuk banyakkan susu badan, bukan ikhtiar bagi anak minum tu minum ni dah macam anak kita tu bahan ujikaji pula. Bayi bawah umur 6 bulan TAK BOLEH diberi minum apa-apa kecuali susu ibunya sahaja. Ini tak, orang kita punya 1001 macam petua untuk baby jaundis. Titiskan susu kambing la, titiskan anggur hitam la, anggur hijau la, beri minum serbuk mutiara la.. macam-macam lagi. Ingat perut anak kita tu tong sampah ke yang nak diberi segala macam benda. Tu belum lagi petua mandikan anak dengan daun inai la, daun belimbing buluh la,daun anak ke apa ntah lagi. Kawan aku mandikan anak dia dengan daun belimbing buluh, habis ruam badan baby dia.. kesian! Gatal kan daun-daun tu semua. Kulit anak kita tu fragile lagi, mandikan pun patutnya tak boleh gunakan sabun mandi lagi sebab tu semua bahan kimia. Aku mandikan anak dengan air rebusan daun kucai dengan aku minum air cincau campur gula kundur. Kuning anak aku turun, tapi bila fikir-fikir balik sebenarnya mungkin cincau tu membanyakkan susu badan thats why kuning anak boleh turun, bukan sebab mandi dengan daun-daun segala tu. 

3. Ikhtiar untuk banyakkan susu badan. Makan sayur lobak putih. Tu hidangan wajib ibu yang baru bersalin setiap hari. Makan sayur sawi pun ok. Ada kawan-kawan kata minum air mesti banyak, dalam sehari mesti dalam 3-4 liter. Tapi aku failed bab tu sebab sepanjang pantang n bernifas tu memang aku liat minum air putih sebab tak mahu asyik ke tandas je. Setiap kali nak ke tandas tu rasa bercintanya sebab luka jahitan masih belum baik, darah nifas masih banyak, kena cuci pakai ubat kuning doktor, kena lap kering-kering, kena ganti pad setiap kali keluar dari tandas. Kalau satu hari 5 kali ke tandas maksudnya 5 kali la kena ganti pad. Mujur aku ada jumpa sorang mommy dia masa aku pergi cucuk anak aku. Dia bf semua 3 orang anak dia sebab suami dia larang bagi susu fm, lagipun dia surirumah sepenuh masa, memang leh fokus bf je. Dia kata 'kembung la kalau minum air putih banyak2". Aku tanya, habis tu nak banyakkan susu minum apa. Dia kata dia minum susu tepung sehari 2 kali. susu tepung biasa je, macam anmum ke. Ooooh ok inshaa Allah untuk anak kedua ni aku boleh cuba tips tu. Tips lain yang aku dapat ialah minum pati kurma. Ada jual sebotol kecil jenama apa lupa pula, nanti aku cari gambarnya.

4. Anak kuning kena banyak poo poo. Tak kisah la sama ada dia banyak kali poo poo dalam sehari atau sekali poo poo tu najisnya banyak. Lagi banyak lagi bagus sebab lagi banyak najisnya lagi banyak juga kuningnya akan keluar ikut najis. Sebab tu ibu yang ada anak kuning disaran oleh doktor untuk bf anak setiap sejam. Ini untuk menggalakkan anak kuat poo poo juga so dengan cara ini dapat mengeluarkan cepat kuning tu dari badan anak.

5. Jangan bagi bayi kita minum susu kambing atau apa-apa la yang disaran oleh orang keliling. Kalau dia kata, anak dia dulu kuning, dia bagi susu kambing la kuning anak dia turun. Sebenarnya bukan susu kambing tu penyebab kuning anak dia turun tapi sebab dia kerap susukan anak dia yang menyebabkan kuning anak dia turun. Masa anak aku baru 3 hari aku dah bagi minum susu kambing. Siap masuk dalam botol tau. Hasilnya, memang ngeri. Muka anak aku penuh naik ruam macam jerawat halus-halus. Kesian sangat. Walaupun kita dah panaskan dulu susu kambing tu, tapi mungkin sebab susu tu bersifat panas, jadi sangat tak sesuai diberi direct kepada baby kita. Kalau nak khasiat susu kambing tu, ibu kena minum dan kemudian bf anak. Inshaa Allah anak akan dapat khasiat susu kambing  tu daripada susu badan ibunya.

Blog bersawang..

Last update blog ni semasa mengandungkan yang sulung dah masuk trimester ketiga.. Kira-kira dalam setahun juga tak update blog ni.. Sampai dah bersawang jadinya.. Alahai..
Lepas bersalin memang sangat2 bz dengan life baru as mommy.. Hidup penuh terisi.. Tak pernah sekalipun rasa bosan atau sunyi.. Pacam mana nak ada masa update blog? padahal masa bersalin tu dah bertekad dan kongsi pengalaman bersalin dengan preggy mom yang tengah menghitung hari nak bersalin especially yang nak bersalin sulung dah belum ada pengalaman bersalin lagi.. hehe
Sampaikan anak aku sekarang dah 8 bulan lebih dan aku pun dah mengandung lagi untuk kali ketiga.. 2nd time preggy bulan lepas.. Tapi consider as chemical pregnancy iaitu kandungan yg tak jadi.. Baru lekat tapi gugur as darah period mungkin atas faktor benih tak kuat dan sebagainya..Aapapun yang berlaku memang ada hikmahnya.. Sebulan kemudian aku dapat mengandung lagi dan kira-kira sekarang dah masuk 6 minggu.. Alhamdulillah..

Pengalaman bersalin

Alhamdulillah telah selamat bersalin secara normal pada bulan januari tahun ni dan dikurniakan seorang anak lelaki seberat 2.7kg.

catatan pengalaman bersalin akan disambung kemudian bila dah free nanti.. hehe

Monday, 10 November 2014

Trimester Ketiga

Minggu ke-27
~ Inilah minggu yang paling kronik dan kritikal bagi aku. Sebab pengalaman ni mungkin aku je yang rasakan. Ini bukan sakit yang biasa. Aku mengalami sakit seperti senggugut tapi jauh lebih sakit dari tu sehari selepas aku balik dari Kluang. Bermula Selasa malam hinggalah Jumaat siang aku menahan kesakitan setiap 10 minit di bahagian perut dan sekitar bawah perut. Rasa tegang yang amat sangat dan bila sakit tu datang, aku pasti mengerang dan memegang perutku seolah ingin menahan sesuatu. Kadang aku rasakan seperti nak buang air besar tapi bila cuba, tak pula keluar apa-apa. 

Selasa malam Rabu, aku keluar membeli-belah di Mydin dengan suamiku. Kemudian kami melawat kawannya yang sakit tiroid tahap 4 di Pasir Gudang. Balik dari P.G masa tu dah hampir tengah malam. Aku mula merasakan kesakitan di bahagian perutku masa nak tidur malam tu. Aku beritahu suami, dia tolong usap / urut sedikit sambil bacakan apa yang patut. Tapi sakit tu tak berkurangan. Malam tu aku tidur dengan menahan kesakitan. Hanya bila aku dapat lelap, aku tak merasakan kesakitan tu tapi sebaik sahaja aku terjaga dari tidur, aku akan merasakan kesakitan tu. 

Mujurlah masih dalam cuti sekolah, jadi tak perlulah aku mendapatkan MC dan aku boleh terus berehat dan baring sahaja siang dan malam. Apapun aku tak mampu buat kerana sakit ni datang sangat kerap iaitu sekitar 10 minit sekali.  Aku banyakkan tidur kerana hanya dengan tidur sahaja aku dapat 'melupakan' sekejap rasa sakit tu. Aku berbalas mesej dengan kawan yang pernah ada pengalaman mengandung dan melahirkan sebanyak 2 kali. Katanya sakit yang ku alami mirip tanda nak bersalin. Aku jadi bingung, takkan lah seawal ini. Aku mula membuat carian google apa saja yang berkaitan dengan kesakitan yang ku alami ini. Ada blog yang aku baca yang berkongsikan pengalamannya bersalin anak kembar pada minggu ke-27 kehamilan dan kedua-dua bayinya mempunyai berat yang kurang 1 kg tapi dapat terus hidup. Melalui pembacaan aku, apa yang aku faham adalah kelahiran seawal minggu ke-26 atau 27 lebih berisiko kepada mereka yang mengandungkan anak kembar. Aku mula alert dengan tanda-tanda lain seperti bleeding atau keluar apa-apa cecair / lendir tapi Alhamdulillah tak ada. Cuma petang Rabu tu ada keluar lendir putih krim semasa buang air kecil. Aku separuh risau dan separuh tak. Risau kalau-kalau itu tanda-tanda nak bersalin. Tak risau sebab aku yakin itu lebih kepada keputihan / jangkitan kuman (kencing kotor) memandangkan aku sangat kurang minum air putih. Apa tidaknya, seharian aku terbaring je, aku tak larat untuk bangun minum. Bila aku tak minum air, maka aku tak perlu ke tandas sebab tak akan rasa nak buang air kecil. Tengah hari itu, suamiku pulang sekejap dari kerja dengan membawa sebotol besar air 100 plus. Disuruhnya aku minum air tu banyak-banyak. Dia lah yang layan aku minum siap tuangkan ke cawan. Lepas minum dua cawan, dia suruh aku berehat di bilik, pimpin aku ke katil dan suruh aku tidur sementara dia keluar untuk pergi kerja semula. Aku ingatkan dia pulang awal sebab nak bawa aku ke klinik. Menjelang petang, aku semakin tak dapat menahan sakit. Aku mesej suamiku minta hantar ke klinik. Dia balik menjelang senja dan selepas Maghrib kami bersiap untuk ke klinik. Malam tu kami mencari klinik Ibu dan Anak malangnya dua klinik yang kami pergi tutup memandangkan hari ini adalah cuti umum Deepavali. Akhirnya suamiku membawaku ke klinik yang biasa kami pergi (klinik panel untuk aku sejak sebelum kahwin lagi.. sebab doktornya baik dan cajnya murah). Mujur klinik tu buka, doktor M tu memang kuat kerja. Dia menyatakan dalam usia kehamilan aku sekarang, baby sedang berpusing dan biasanya ibu-ibu akan merasai kesakitan di bahagian kelengkang tapi tak begitu kerap dan kuat sakitnya. Dia juga menyatakan pada waktu ni kalau dibuat scan pun tetap akan nampak baby sihat dan ia tak membantu untuk mengesan kesakitan ibu. Jadi dia sarankan aku membuat pemeriksaan CTG di hospital kerajaan, HSI. Dia membuat surat yang merujuk kes ku ke HSI. Apa yang membuatkan ku gerun mendengar adalah bila dia menyatakan di sana nanti doktor akan seluk.Whattttt? tak mau.. tak mau.. Aku belum nak bersalin kan takkan seawal ni dah kena seluk.

Kepalaku ligat berfikir ke mana harus aku pergi untuk rujuk masalah kesakitan ku ini. Seboleh mungkin aku nak elak pergi hospital kerajaan memandangkan aku tak pernah buat buku pink lagi. Tambah pula di sana ramai doktor lelaki yang muda dan aku tak mahu melalui sekali lagi pengalaman discan ikut bawah oleh doktor lelaki dan kemudian jadi tontonan ramai pula tu. Aku minta suamiku hantar aku ke KPJ dulu sebab di sana mereka ada rekod checkup mengandungku. Cuma masalahnya adakah doktor ganti memandangkan gynae KPJ masih dalam cuti bersalin sekarang dan dah dua bulan kebelakangan ni aku terpaksa checkup dengan doktor lain, bukan dengan gynae yang biasa aku jumpa. Ternyata tekaanku tepat. Malam itu, doktor O&G yang bertugas on-call menggantikan gynae aku adalah doktor lelaki India. Ahh daripada aku buang duit beratus untuk buat CTG dengan doktor lelaki di hospital swasta baik aku ke hospital kerajaan saja. Nasib lah kalau dapat doktor lelaki tapi tak perlu lah keluar duit beratus. Aku kira-kira caj untuk waktu malam tentulah lebih mahal sebab di luar waktu bekerja. 

Kami balik rumah dulu untuk dinner dan packing kain baju manalah tahu aku akan ditahan di wad HSI. Aku tak dapat fokus makan kerana sakitku ini yang sangat kerap datangnya. Kami sampai di HSI dalam pukul 11 malam. Kami terus ke bilik saringan sebab dah diingatkan terlebih dahulu oleh doktor M tadi agar terus ke bilik saringan (khusus untuk ibu mengandung), bukan ke bahagian kecemasan. Di HSI, aku menyerahkan surat rujukan oleh doktor M yang mengarahkan HSI membuat CTG ke atasku. Nurse dan doktor bertugas berkerut-kerut muka mereka apabila aku mengatakan ingin membuat CTG di usia kehamilan 27 minggu. Tapi aku diarah baring juga di katil hujung dan kemudian tekanan darahku diambil sebelum diletak dua alat di atas perutku dan kemudian dililit sekitar perut, satu untuk detect jantung baby, satu lagi untuk detect contraction ibu. Selama hampir setengah jam juga pemeriksaan CTG dijalankan, graf hanya menunjukkan corak bacaan jantung baby, tapi untuk graf contraction, absent. Ia hanya satu garisan yang hampir mendatar di bawah paras 0 menunjukkan tiada contraction. Sukar aku nak jelaskan kepada doktor yang aku benar-benar sakit yang amat sangat di bahagian bawah perut seakan senggugut tapi lagi sakit dan sakitnya datang setiap 10 minit. Aku dapat tengok waktu aku sakit memandangkan jam dinding hanya di sebelah katilku. Sakitnya datang jam 10.50, 11.00, 11.15, 11.25pm. Tapi oleh kerana doktor hanya berpandukan graf contraction (yang lebih khusus untuk sakit orang nak bersalin), maka doktor tak dapat klasifikasikan sakit aku sebagai apa. Doktornya muda sekitar 20an, rasanya belum kahwin dan tentu baru grad, mujurlah aku dapat doktor perempuan jadi kurang la malu bila kena tayang perut. Cuma yang aku tak suka tentang doktor N ni, dalam keadaan aku tengah sakit, hatiku juga sakit bila dia bertanyakan soalan-soalan bodoh bagi aku apabila dia tak dapat mengesan sakitku. Dia membuat andaian sakitku ini lebih kepada simptom Braxton Hicks dan menyatakan sakit tu akan hilang sendiri bila aku mengubah posisi atau membuat pergerakan. Aku hilang kata-kata dan respek kepada seorang doktor yang bertanyakan soalan peribadi lantaran dia nak mencari punca sakitku ini. Aku tak menjawab soalannya memandangkan dalam kesakitan begini aku tak ada mood nak jawab soalan-soalan yang bagi aku sensitif / soalan bodoh. Aku menceritakan kepada suamiku tentang bagaimana aku dilayan di dalam bilik saringan. Aku bertanyakan suamiku, perlu ke doktor tanya aku lambat kahwin ke, lambat mengandung ke? Dah tentu aku tengah mengandung sekarang perlu ke tanya soalan lambat mengandung tu semua. Kalau ikut bengang, rasa nak je bangun dari katil dan balik je, memandangkan doktor N pun kata, aku boleh telan panadol je, tapi aku kawal emosi aku sebab manalah tahu nanti nak bersalin ditakdirkan aku kena admit kat HSI.

Aku dibenarkan balik (memandangkan doktor pun tak dapat detect sakit aku dan suruh aku telan panadol je) malam tu. Kami tiba di rumah hampir jam 2 pagi. Mujurlah tengah cuti sekolah jadi aku tak perlu risau tentang kerja. Pulang je dari HSI aku terus telan panadol sebanyak 2 biji, tapi tetap 'tak jalan'. Sakitku ini tak kalis pun dengan panadol tu. Malam itu, adalah malam yang sengsara bagi aku kerana aku tak dapat tidur langsung. Macam mana nak tidur kalau baru nak lelap dah rasa sakit tiap 10 minit, kadang aku rasa belum sampai 10 minit sakit tu datang lagi. Aku mengerang je sepanjang malam. Mula-mula suamiku layan apa yang patut, digosok-gosoknya perut ni tapi lama-lama dia pun terlelap. Aku seolah nak kejutkan dia setiap kali sakit ni datang tapi aku juga kasihankan dia, sudahlah siang dia bekerja, malam kena hantar aku ke klinik dan tunggu aku. Kemudian, waktu tidur kena berjaga untuk jaga aku pula. Jadi aku tanggung sakit ni sorang-sorang. Apa yang aku dapat buat selain berdoa dan berzikir seperti yang suami aku sarankan banyak kali. Tapi sejujurnya dalam keadaan sakit sangat pun kita tak dapat fokus zikir sebab fokus kita dah lari kepada menahan sakit. 

Keesokan harinya (Khamis), aku masih lagi terlantar sakit. Dah 2 hari 2 malam aku menahan kesakitan ini. Bagiku lebih baik sakit nak bersalin sebab sekurang-kurangnya baby dalam proses nak keluar. Tapi sakitku ini seolah tiada hala tuju. Nak kata dah nak bersalin, mesin CTG tak dapat mengesan contraction. Habis, kalau bukan sakit nak bersalin, ni sakit apa. Kenapa sakitnya terlalu kerap? Kalau ikut pembacaan aku, Braxton Hicks tak sebegini kerap. Ia hanya datang sekali dalam sejam itupun tak la terlalu lama mungkin beberapa saat sahaja. Dan sakit tu akan hilang sendiri bila kita mengubah posisi atau aktiviti. Tapi sakit ni, seolah ada batu besar di bawah perut ni dan ia rasa seperti kejang / cramp. Aku juga semakin kerap buang air kecil walaupun aku tak minum air putih, dalam sehari ada dalam secawan je yang aku minum, itupun setiap kali minum, sikit-sikit dalam suku / setengah cawan je. Walau bagaimanapun aku bersyukur kerana mesin CTG tak dapat mengesan kesakitan yang ku alami kerana aku tak mahu baby ini lahir pramatang. Masih terlalu awal untuk lahir ke dunia ni, sayang. Biarlah baby membesar dengan sihat dan sempurna dalam perut sehingga tempoh matang. Tentu banyak risikonya kalau bayi lahir seawal ini, belum pun genap 7 bulan.

Aku mesej suamiku minta dia hantarkan aku ke klinik ibu dan anak malam nanti lepas dia pulang dari kerja nanti. Harapnya klinik tu buka sebab hari ni rasanya dah naik kerja. Seperti biasa, lepas Maghrib kami bergegas ke klinik. Alhamdulillah buka. Harapnya doktor klinik  tu dapat la scan baby aku dan detect sakit aku ni. Lama juga aku menanti giliran rupanya mamat yang turn dia sebelum aku tu kena dressing la sebab nampak balutan luka di tepi kepalanya. Aku di luar dah tak dapat menahan kesakitan setiap kali sakit itu datang. Suami aku lah yang jadi mangsa bila sakit tu datang, aku akan genggam tangannya kuat-kuat atau tarik-tarik bajunya. 

Doktor S membuat pemeriksaan ke atas urinku. Katanya ada sikit je bacaan kencing kotor tapi tak mungkin dengan bacaan sekecil tu aku boleh sakit sebegini teruk. Aku jawab memang betul sebab di awal kehamilan, bacaan untuk kencing kotor ku lebih tinggi iaitu sekitar +1 atau +2 (tak berapa ingat) tapi masa tu aku tak rasa sakit pun. Doktor juga menganalisis urine ku terlalu 'kering' sambil bertanya adakah aku kurang minum air putih. Ye memang betul aku sangat kurang minum air putih, hampir tak ada minum langsung lah senang cerita. Jadi doktor membuat kesimpulan bacaan minor untuk kencing kotor tu sebab aku kurang minum air putih, tapi bukan sebab jangkitan kuman. Aku kemudian diarah baring untuk membolehkan doktor memeriksa jantung baby. Apabila dia mendengar jantung baby ku kuat, dia memuji "Jantung baby bagus, gerakan dia pun bagus". Iya memang betul. Itulah petanda untuk aku tak risaukan sangat condition baby sebab dia aktif bergerak di dalam. Semasa di HSI semalam juga aku dapat mendengar degup jantung baby yang kuat hasil pemeriksaan CTG dan itu cukup buat aku lega yang baby aku selamat. Soalnya apa punca sakitku ini. Doktor S juga menyatakan sakit yang ku alami ni bukan Braxton Hicks. Katanya Braxton Hicks tak macam ni. Dia memang seorang doktor yang lemah lembut dan keibuan. Dari riak wajahnya yang lembut dan keibuan tu terserlah betapa dia empati dengan kesakitanku. Jaranglah aku jumpa doktor yang cakap "Kesian.." sambil seolah geleng kepala melihat keadaanku yang sedang menanggung sakit. Dia membuat satu surat yang merujuk kes ku kepada doktor O&G Hosp Penawar tapi sebelum tu dia minta izinku dulu sama ada boleh atau tidak dia rujuk kes ku ini ke sana. Aku setuju bila mendengar nama doktor yang disebut tu sangat familiar memandangkan beberapa orang rakan sekerjaku juga bersalin dengan doktor H dan mereka memuji-muji cara doktor H. 

Suamiku enggan membawaku ke Hospital Penawar dan menghantarku pulang ke rumah. Aku seperti terpinga-pinga kenapa dia enggan menghantarku berjumpa doktor H. Sampainya hati dia melihat aku yang sedang menanggung kesakitan dah masuk malam ketiga. Tapi kemudian aku faham bila dia mula bersyarah padaku masa dalam kereta. Dia kata kalau jangkitan kuman, mesti dah dapat detect dalam urine. Dia kata lagi kalau dah sampai pergi jumpa 3 orang doktor dan ketiga-tiganya tak dapat mengesan sakitku ini, ikhtiar cara lain sebab kalau jumpa doktor lain lepas ni pun mungkin sama juga malah mungkin 'teruk' aku disiang (diseluk dsb). Ini meyakinkan kami yang sakitku ini bukan sakit biasa tapi lebih kepada sakit mistik (gangguan). Aku tak boleh nak ceritakan di sini apa syarahannya malam tu tapi aku setuju dengan pandangan dan syarahannya. Malah dia memang ada ilmu dalam bidang ni dan aku sanjung tinggi ilmu hakikat yang dimilikinya. Makhluk halus memang wujud dan bila kita lemah / kurang berzikir mengingati Allah, dengan mudah makhluk tu menguasai badan kita dan menyakitkan jasad kita. Patutlah semasa di luar klinik tadi aku melihat suami bercakap panjang dalam handphone. Mungkin dia ada merujuk kes ku ini kepada beberapa orang alim. Selepas menghantarku pulang, dia membelikan aku nasi bungkus memandangkan kami belum dinner malah aku memang tak makan dari siang. Kemudian dia bergegas keluar semula untuk ke salah sebuah masjid di Pasir Gudang dengan membawa 4 botol besar (botol 20 liter) untuk mengambil air masjid (yang dalam kolah) untuk buat 'ubat' sakitku ini. Malam tu juga dia memandikan aku dengan 2 botol besar air masjid dan pada masa dia menjirus air ke badanku, aku dapat rasakan seolah aku mandi ais, sejuknya tak terkata. Tapi setahuku, bila kita rasa sejuk sangat tu sebenarnya makhlus halus yang kat dalam tu rasa panas sangat, wallahua'lam. Sebelum tidur suamiku mengarahkanku minum air dalam botol 1.5 liter tapi aku tak minum pun sebab aku tak tahu tu air apa, tapis ke tidak. Lagipun tengok botolnya buruk je entah botol apa yang dipakainya (Bila kita terlalu cerewet dan memikirkan itu ini, maksudnya ada bisikan tak baik / gangguan dalaman yang tak bagi / tak mahu kita minum air tu).


Masih seperti malam sebelumnya, sepanjang malam aku sukar tidur lantaran sakit yang datang setiap 10 minit ni. Dan aku hanya bertahan sepanjang malam sambil memikirkan sampai bila aku harus menahan / boleh menahan kesakitan ini. Ada masa mulutku tak boleh terkawal dari merapu yang bukan-bukan seperti "baik mati je la kalau macam ni". Aku berfikir apa pengakhiran sakitku ini, apa penawarnya.. Dah mandi air masjid pun sama je sakitnya. 

Keesokan paginya, (Jumaat) seawal 7 pagi suamiku dah bersiap untuk pergi kerja. Sebelum tu dia memesanku agar minum air dalam botol yang ditunjuknya malam tadi. Aku menjawab dengan nada tegang, "Air apa tu?"
Lantas dijawabnya, "Ko ingat laki ko ni nak bagi minum air bukan-bukan ke?"
Aku pula jadi takut bila nadanya seakan marah. Aku jawab dalam hati, ye lah, nak tahu juga air apa.. air tapis ke tak..
Dia seakan mendengar jawapanku dan menjawab "Air masjid lah"

Sebaik sahaja dia keluar pergi kerja, aku pun gagahkan diri untuk minum secawan air masjid yang diambil oleh suamiku malam tadi dari dispenser masjid. Kalau ikutkan hati sebenarnya tak mahu minum memandangkan aku ni penggeli, entah botol air apa yang dia guna, bekas mulut siapa dan macam-macam lagi la yang ku fikir. Tapi niat hati nak cepat baik, maka aku dapat lawan kecerewetan aku ni. Sebaik sahaja aku minum secawan air masjid, sakitku makin kuat tapi kemudian hilang dan aku dapat tidur. Alhamdulillah, nikmatnya bila dapat qada' tidur yang dah 2 malam aku tak dapat langsung. Aku terjaga dalam pukul 9 lebih maksudnya aku dapat tidur selama 2 jam. Itu dah cukup baik bagi aku kalau nak bandingkan dengan saat-saat tak dapat tidur langsung. Lepas bangun, aku minum lagi secawan air masjid dan Alhamdulillah, lepas minum cawan kedua ni, aku mula rasa nikmat sihat yang mana sakit 'contraction' tiap 10 minit tu mula berkurang iaitu dari 10 minit sekali menjadi setengah jam sekali. Apabila aku dapat rasai perbezaan ketara, aku mula rajin minum air masjid tu. Menjelang petang, hampir setengah botol 1.5 liter tu dapat aku minum. Syukur sangat, walaupun belum sembuh secara total, tapi dengan berkurangnya kesakitan tu dah cukup nikmat bagi aku. Bila kita dah rasa sakit yang teruk, sakit sikit-sikit tak terasa sangat pun. Tapi rasa tegang yang amat sangat tu masih datang sekali-sekala sehingga ke malamnya namun aku teruskan minum air masjid tu. Dan malam tu, untuk malam kedua, aku dimandikan air masjid oleh suamiku sebanyak 2 botol lagi. Beza juga rasanya masa mandi malam kedua ni. Sebab aku dah mula rasa stabil, tak meraung kecil seperti malam semalam. Aku juga lebih rasa tenang masa mandi dan aku tak lagi merasakan kesejukan seperti air batu semasa air masjid tu mencecah tubuhku. Malam tu barulah aku dapat tidur kerana beransur sembuh, Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kepada yang Maha Esa. Kadang aku rasa macam mimpi je bila dapat sembuh seperti sediakala. Kadang aku rasa ajaib juga dapat sembuh setelah 3 hari 3 malam bertarung / berjuang menahan sakit. Kadang aku rasa ini mungkin sakit yang Allah bagi aku rasa dahulu sebelum tiba masa nak bersalin nanti. Yang pasti, aku kena bersyukur banyak-banyak kepada Allah kerana baby aku selamat (hanya ibunya yang sakit) dan dengan izin-Nya juga aku sembuh. Aku juga kena berterima kasih kepada suamiku yang tabah menjagaku sepanjang aku sakit. Sepanjang perkahwinan ni, belum sekali pun aku menjaganya sebab dia belum pernah sakit lagi tapi dia dah banyak kali jaga aku dalam sakit memandangkan dah berpuluh kali aku sakit sepanjang tempoh perkahwinan ni. Aku tak dapat bayangkan kalau dia yang sakit, mampu ke aku menjaganya sebaik dia menjaga aku yang sedang sakit. Tapi aku positifkan diri aku dengan mengingat satu perkara. Apabila isteri sakit, Allah nak angkat darjat suami yang menjaganya dan begitulah apabila suami sakit, Allah sebenarnya nak angkat darjat si isteri.

Trimester Kedua

Minggu ke-13 dan 14
~ Setelah 12 hari aku memaksa diri untuk berpuasa, akhirnya atas nasihat gynae, aku berhenti berpuasa kerana untuk orang yang alami alahan mengandung yang teruk macam aku, berpuasa hanya akan memudaratkan kesihatan aku dan perkembangan bayi yang ku kandung ini. Walaupun agak lemah untuk ikut nasihat doktor mengenangkan banyaknya bilangan hari yang perlu ku ganti nanti (lebih kurang 17 hari), namun aku kena akur juga demi si kecil dalam rahimku ini. Kasihan juga dia bila tak dapat nutrien yang secukupnya dari ibunya. Sudahlah tak makan nasi, bubur juga aku tak lalu makan. Jadi aku perlu cari satu makanan yang boleh bagi aku rasa kenyang. Bagi aku dapat rasa kenyang sekejap pun jadilah sebab dah berjam-jam malah berhari-hari aku rasa lapar sangat, mungkin dah lali bagi aku. 

Hasil checkup mengandung kali kedua ni, berat badanku turun 1.3 kg. Checkup yang lepas beratku 47.6kg, checkup yang kali ni tinggal 46.3 kg. Sedihnya. Checkup kali ketiga pula aku tak dapat tahu berat badanku kerana pada masa tu penimbang hospital KPJ sedang diservis. Entahlah aku pun tak faham kenapa penimbang pun perlu diservis, atau mungkin aku yang salah dengar. Tapi beberapa hari sebelum aku buat checkup ketiga tu aku ada timbang berat aku di sebuah mall di JB, hanya masukkan duit 20 sen dan kemudian akan terpapar di skrin berapa berat kita. Aku kurang ingat angka yang tepat tapi kalau tak silap aku berat aku masa tu lebih kurang 45 kg sahaja atau mungkin sekitar 44 kg lebih. Ini bermakna jumlah berat aku telah turun sebanyak lebih kurang 3 kg daripada sebelum mengandung. Gynae aku kata lain penimbang lain bacaannya. Kalau nak tahu graf berat kita dengan lebih tepat adalah dengan menggunakan satu penimbang yang sama sahaja sepanjang tempoh mengandung.


Minggu ke-15
~ Bermulanya bulan Syawal yang mana impian aku adalah untuk makan juadah raya sepuas-puasnya tapi soalnya selera makan aku dah kembali normal atau belum? Raya pertama aku balik rumah mak sekejap. Mak tak masak banyak sebab mak tak sihat dan terbaring je dah seminggu. Yang aku dapat lihat ialah lauk lodeh. Juadah lain rasanya orang yang bagi misalnya soto dan rendang ayam. Ternyata selera makanku belum pulih betul. Aku boleh paksa diri makan tapi sikit je. Memandangkan tak ada rezeki aku untuk makan ketupat mini (mungkin dah habis sebab aku sampai rumah mak dah petang), aku hanya ratah lauk lodeh. Aku korek tauhunya sahaja at least rasa kenyang sikit dengan makan banyak tauhu. 

Raya kedua suami ajak aku pulang beraya di kampungku. Di kampung, aku mula selera makan, tapi tabiatku ratah lauk sahaja. Mak su ku masak lauk telur masak pindang (lemak kuning campur hirisan daun kunyit), aku ratah telurnya sahaja. Nasi masih lagi menjadi musuhku, tapi ketupat mini aku boleh makan. Lagi pula kalau digandingkan dengan rendang, memang menyelerakan. Terutama di rumah Mak Ngah ku, memang rezeki aku dan baby agaknya, seolah tahu aku memang teringinkan rendang lebih-lebih lagi dari air tangan Mak Ngah yang aku dah labelkan pandai masak. Asam pedasnya 'mabeles', boleh buka kedai makan. Aku makan dengan berselera sekali ketupat mini dengan rendang ayam tua masakan Mak Ngah. Mak Ngah masak rendang tak terlalu kering (seperti kari pekat) membuatkan aku serasi betul dengan lauknya yang boleh dicecah dengan ketupat mini. Kalau ikut hati mau saja aku minta Mak Ngah bungkuskan untuk aku bawa balik tapi kenangkan baru raya ketiga, mesti ada ramai lagi tamu yang akan datang. Ye lah, kata orang, "Makan ingat orang belakang".. hihi..



Minggu ke-16
~ Tenaga ku beransur pulih. Selera makanku juga sedikit bertambah dari sebelum ni zero. Namun aku tetap masih selektif dalam pemakanan. Entahlah tekak aku yang cerewet atau pembawakan baby ni. Aku dah boleh makan lebih sedikit dari yang sebelum ni tapi nasi masih belum boleh aku terima sepenuhnya. Berat aku juga dah naik sedikit kepada 48.2kg manakala berat baby masa ni 113g. Alahai ringannya baby.. 

Muntah-muntah? masih lagi. Waktu yang hampir wajib muntah adalah sekitar waktu bangun pagi dan malam sebelum tidur. Mungkin sebab dua waktu ni kita gosok gigi. Mungkin juga sebab dua waktu ni perut kita kosong jadi angin banyak dalam perut membuatkan kita rasa loya dan senang nak muntah. Cuma dah kurang kekerapannya berbanding sebelum-sebelum ni.


Minggu ke-17 hingga 20
~ Orang kata alahan mengandung cuma 4 bulan je, lepas tu pantang jumpa makanan semua boleh masuk. tapi tak bagi aku. Proses recovery untuk aku agak lambat sedikit. Walaupun dah 5 bulan mengandung, aku masih alami morning sickness yang mana biasanya pagi dan malam aku muntah. Kadang, apa yang aku makan malam tadi pun akan keluar balik dalam bentuk muntah masa kumur-kumur waktu bangun pagi. Situasi yang aku nak elak kalau boleh adalah kumur-kumur waktu pagi kerana waktu itulah banyaknya air liur dalam mulut dan aku kena berkumur sebanyak mungkin untuk hilangkan rasa lendir air liur tu, tak kurang dalam 10 kali kumur setiap pagi. Mana mungkin untuk kita elak dari berkumur waktu pagi kan sebab masa ni la kita kena bersihkan mulut, gosok gigi dan ambil wuduk. Sesetengah orang yang aku jumpa ada mengatakan, muntah-muntah ni tak semestinya sampai 5 bulan, ada orang sampai 6 bulan. Oh kalau macam tu, aku perlu tunggu sebulan lagi untuk tempuh alahan ni.




Minggu 21-24
~ Dalam tempoh ni tak begitu banyak ragam yang ku hadapi. Cuma aku dah semakin yakin dengan gerakan baby dalam perut yang mana mula aku rasakan sejak pertengahan minggu ke-20. Mungkin sebenarnya baby dah ada membuat gerakan lebih awal tetapi memandangkan aku first timer preggy jadi aku lambat dapat mengesan gerakan baby. Sebelum tu mungkin aku ingatkan itu angin dalam perut. Tapi bila dah semakin kerap aku mula terfikir, inikah gerakan baby setiap kali ada bubble yang seolah bergerak di dalam perutku. Aku mula banyak membuat carian dan bacaan dari internet. Thanks to all mommies yang sudi berkongsi pengalaman merasai gerakan baby juga penerangan tentang bagaimana rasa gerakan tersebut. Dan aku setuju dengan mereka yang mengatakan rasa gerakan baby ni adalah seperti ada bubble yang bergerak dalam perut kita. Sekejap je pergerakan tu tapi cukup bermakna bila first time merasainya. Rasa teruja dan seronok pun ada. Maklumlah inilah pengalaman yang aku tunggu-tunggu malah seawal minggu ke-16 tak silap aku, dah ada yang mula bertanyakan aku sama ada aku dah dapat merasai gerakan baby dalam perut atau belum. Apabila aku rujuk kepada gynae, dia mengatakan bergantung kepada orang. Ada orang cepat ada yang lambat, contohnya dia, masa first baby dia dapat rasa gerakan baby dalam perut masa bulan ke-7 sebab saiz fizikalnya yang gemuk, katanya. Jadi adakah kalau orang yang kurus lebih cepat merasai gerakan tersebut, Wallahua'lam. Tapi kalau menurut pembacaan aku hasil carian google, kita akan mula merasai gerakan baby sekitar minggu ke-18 hingga 24 kalau tak silap.

Memandangkan entri ni aku tulis menjelang minggu ke-30 kehamilan, aku dah tak berapa ingat dalam minggu ke berapa aku alami cirit-birit sebab ada peristiwa yang aku sempat catit dalam 'diari' ada yang tidak. Aku tak pasti adakah aku sahaja yang alami atau situasi ni adalah normal bagi kebanyakan ibu mengandung. Yang pasti aku mula sedar akan kesensitifan perut aku ni. Tak boleh salah makan sedikit, pasti perut aku jadi sebu / senak / meragam disertai dengan cirit-birit. 

Pagi tu aku beli sarapan roti canai kerana memasuki trimester kedua ni aku mula sedar yang aku suka bersarapan roti canai. Aku tapau sekali lontong yang mana kuah lontongnya masih panas berasap lagi. Balik kerja tengah hari aku panaskan kuah lontong dan makan sekali dengan nasi himpitnya sebagai juadah makan tengah hari. Lewat petangnya aku mula rasakan perut aku bergelodak dari dalam. Sehingga ke malam, 4 kali aku cirit-birit. Seingat aku, aku tak ada makan lain selain roti canai dan lontong. Fikir punya fikir, mungkin kuah lontong tu yang buat aku cirit-birit. Bukan keracunan makanan, tapi lebih kepada perutku alah dengan kuah lontong, menurut suamiku. Hmmmm... pelik kan. Sebelum mengandung tak pernah pula cirit-birit lepas makan lontong.


Minggu ke-25
~ Sekali lagi aku lalui keperitan cirit-birit semasa kehamilan. Puncanya aku masak kari daging korban beberapa hari selepas Raya Haji. Kebetulan masa tu aku dan suami berhasrat nak makan kari daging, boleh sejiwa pula tekak kami malam tu. Malam tu kami makan nasi dengan kari daging dengan berseleranya. Aku suka kari pekat so aku masak kari pekat tapi santan sekotak tu aku guna separuh je. tak maulah banyak sangat santan, banyak lemak nanti.. hehe. Keesokan paginya bangun dari tidur, aku rasa tak sedap perut. Dah membuang pun masih rasa tak sedap. Rasa macam sebu dan bergelodak. Sampai di tempat kerja, dua kali aku keluar masuk toilet. Badan aku rasa lemah. Seawal jam 8 pagi aku dah telegram boss minta balik / pergi klinik sebab aku bukan setakat cirit-birit malah muntah juga yang mana ni bukan sebab morning sickness tapi lebih kepada simptom keracunan makanan. Alhamdulillah, sebaik aku jumpa boss dia benarkan aku balik berehat dengan melihat dari muka aku yang memang muka orang sakit katanya. Aku guna peluang dapat balik awal tu untuk tidur je di rumah. Sampai ke malam, perut aku masih belum stabil dan aku minta suami hantarkan aku ke klinik. Doktor bagi banyak ubat, ubat sakit perut, ubat tahan muntah, ubat buang angin dan lagi satu ubat apa aku tak ingat. Aku sebenarnya was-was juga nak makan sebarangan ubat sebab tengah mengandung ni. Tapi bila teringat kata-kata doktor, kalau dah 6 bulan ni, baby dah besar, dah boleh makan ubat jadi aku tawakkal je la telan ubat dan minum ubat yang macam sirap ubat batuk tapi warna putih susu dan rasa peppermint. Memang sedap rasanya. Bila dah start buang angin atau dengan kata lainnya kentut tak lama lepas makan ubat, barulah aku rasa ok sikit. Selama 2 hari aku makan ubat doktor, barulah perutku kembali stabil. Mungkin aku alah dengan lauk rempah atau mungkin rempah kari daging Adabi tu yang buat perut aku alah. Suami aku kata mungkin sebab aku masukkan kesemua rempah tu sepaket. Hmm entahlah mungkin juga. Tapi aku rasa tak la banyak sangat pun rempah sepaket kecil tu, setahu aku memang tu untuk sekali masak. Malah lepas kejadian tu, selama 2 malam berikutnya suami aku masih makan lauk kari daging masakan aku tu dengan 'steadynya' tanpa cirit-birit macam aku pun. Kesian dia, bila aku sakit dia kena la survive sendiri mujurlah dia jenis yang boleh masak sendiri walaupun setakat masak nasi dan goreng telur. 


Minggu ke-26
~ Bermulanya cuti sekolah seminggu sempena Deepavali. Aku 'bercuti' di rumah ibu angkatku di Kluang memandangkan suamiku perlu outstation selama 3-4 hari di Kulai. Aku memintanya menghantar aku ke rumah ibu kerana bimbang tinggal seorang diri di rumah. Aku memikirkan andai kata berlaku apa-apa kecemasan, sekurang-kurangnya ada orang yang boleh hantarkan aku ke klinik / hospital atau kalau aku sakit, sekurang-kurangnya ada orang yang boleh tolong tengokkan makan minumku. Maklumlah, baru lebih kurang seminggu merasai pengalaman cirit-birit, jadi penting juga untuk aku beringat dan berjaga-jaga. Lagipun aku sebenarnya takut duduk seorang diri waktu malam. Janganlah hero Mama ni jadi penakut juga nanti.. hihi. Bila dah berjauhan dengan suami barulah kenal erti rindu dan bersyukur. Buruk-buruk pun dia tetap suami kita, yang menjaga makan minum dan sakit pening kita bila kita memerlukan. Dialah juga peneman tiap malam untuk orang yang penakut macam aku ni.