2015 raya bertiga.. 2016 inshaa Allah raya berempat.. Alhamdulillah.. Thank You Allah..
Imbas balik diari 2015.. Pertengahan Januari aku selamat bersalin secara normal di salah sebuah hospital swasta di Johor ni.. Jangan gelak kalau aku kata masa tengok baby kawan sekitar Mac tahun ni satu keseronokan yang aku rasa dalam diri iaitu apabila dapat mendukung dan memangku baby kawan.. padahal baby aku masa tu baru berusia 2 bulan, means baby kecik lagi.. aku dah excited bila tengok orang lain baru dapat baby seolah macam aku dah lama tak pegang baby.. Mungkinkah keseronokan itu berpunca kerana baby tu baby girl dan aku memang teringin menimang baby girl sendiri.. hehe
Tulisan aku ni mungkin tak ada mana-mana blogger pun yang sekapala dengan aku. Masa usia baby aku baru 5 bulan aku dah mula bercadang nak tambah baby lagi... perasaan tu berterusan sampai lah baby aku 6 bulan yang mana aku ada berharap agar dapat mengandung lagi. aku cuba ber TTC tetapi gagal.. aku cuba minum pati kurma, susu kambing segar tetapi ada hikmahnya kenapa Allah belum izinkan untuk aku mengandung lagi.. Dia lebih tau bila kita dah betul-betul bersedia.. Dia lebih tau bila masa yang betul-betul tepat dan sesuai.. Oleh kerana aku pun cuma berharap dan cuba tak bersungguh, jadi aku ok je bila gagal sangkut. Baby aku pun kecil lagi.. masih perlu didukung sentiasa. Kalau aku cepat mengandung lagi maksudnya aku perlukan tenaga yang lebih dan stamina yang tinggi dan dah tentu aku kena lasak sebab nak mandikan baby, cibukkan dia bila dia poo poo kena berdukung. Kalau tak alah @ mabuk mengandung tak apa. Kalau mabuk yang teruk macam tahun lepas, terbaring je sepanjang hari sampai seminggu lebih, macam mana agaknya nak uruskan baby aku yang masih kecil sekarang. Tapi jauh di sudut hati sebenarnya aku memang berharap cepat mengandung lagi sebab faktor umur memandangkan aku kawin dah sangat lewat. Dah tua! sebab aku dah tua sebab tu aku kena kejar masa. Tak boleh ada istilah nak rehat @ nak tumpukan sepenuhnya pada baby sulung ni dulu.. memang tak boleh. Aku tak pasti ada tak orang yang boleh faham aku. Tapi kalau korang berada di tempat aku, mungkin korang leh faham dan rasa apa yang aku rasa. perasaan cemburu menguasai diri apabila tengok kawan2 sebaya yang anak dah berderet 4-5 orang. Aku baru ada sorang. Lagipun telinga aku pedih.. hati aku sakit apabila dengar suara2 sumbang yang menegur aku "Anak baru sorang?" penat kot aku nak jawab "ye.. baru sorang.. saya kawin lambat.." Paling menyedihkan bila ada yang tanya pulak "kenapa akak kawin lambat? memang tak nak kawin eh".. Kalau kau berada di tempat aku, apa kau rasa.. kalau rasa nak lempang je orang yang bertanya tu kita serupa.. tapi aku ada cara aku sendiri untuk menjawab dengan berhemah.. aku jawab "jangan cakap macam tu.. esok kena kat anak sendiri pulak kang... awak ada anak perempuan kan?" Aku boleh jamin.. siapa yang dengar jawapan balas aku yang macam tu akan kecut perut lagi-lagi yang ada anak perempuan.. Siapa yang tak takut kan lau anak dara sendiri kawin lambat.. silap-silap dia akan cepat-cepat minta maaf dari kau sebab baru dia sedar dia dah terlepas cakap.. Seumur hidup aku dah dua kali aku ditanya soalan sedemikian oleh 2 orang educated person.. kerja dalam bidang profesional..kerjaya yang dihormati pula tu.. Kalau lambat kahwin orang akan tegur "memang tak nak kawin eh".. Sama juga bila kita lambat dapat anak.. ada juga orang yang bermulut celupar yang tanya aku "memang tak nak anak eh?" Kau rasa apa? bukan nak lempang lagi dah tapi rasa macam nak cili-cili je mulut orang yang bertanya tu.. sekali lagi, orang yang bertanya tu adalah dalam golongan educated person juga dan masa tu dia sedang mengandung. So sekarang aku sedar, kalau bab jodoh dan anak ni, kau akan jumpa orang yang bermulut celupar ni tak kira apapun golongan, apapun kerjayanya, berapa pun umurnya, apapun kategorinya sama ada terpelajar atau tidak, sama ada orang yang berkerjaya atau setakat surirumah tangga sepenuh masa, sama ada orang tua yang kubur dah memanggil-manggil tu atau adik-adik yang masih muda yang baru 20an dan sampai jodoh pun umur 20an juga.. Tak kira siapapun, cikgu ke, peguam ke, doktor ke, makcik-makcik kat kampung ke.. orang yang berpotensi untuk bermulut celupar ni ada di mana-mana.. ada di sekeliling kita..
Sambung balik cerita pasal TTC tadi. Bulan berikutnya, masa baby aku 7 bulan, aku tergerak nak buat UPT memandangkan beberapa hari sebelum tu aku demam. Sejak kahwin aku memang jarang demam, alhamdulillah. Jadi merujuk kepada diri aku @ badan aku, aku kira aku boleh faham ragam badan aku sendiri. Demam aku boleh merujuk kepada keadaan dah mengandung dan demam tu adalah sebagai petanda kita dah mengandung atau dengan kata lainnya, demam sebab ada isi. Dulu aku pun tak tau sampailah sorang kakak ni tanya, kenapa aku demam sebab masa tu aku MC 2 hari kalau tak silap (demam 3 hari). Masa tu aku rasa pelik sangat kenapa mesti tanya kenapa aku demam. Normal la kan demam demam ni.. Tak pelik lah kalau dengar orang demam. Tapi tu la seumur hidup aku aku ditanya kenapa aku demam. Rupanya yang kakak tu maksudkan adalah, demam ada isi ke. Lepas tu aku pun terfikir soalan dia tu ada relevannya. Boleh jadi juga demam aku masa tu demam dah ada isi sebab macam aku kata tadi, aku jenis yang jarang demam dan cara aku demam pagi tu memang sangat pelik. Bangun pagi tu aku rasa macam biasa je. Then en suami yang tidur kat sebelah aku bersin, aku terus bangun dan galih ke katil bilik sebelah. Sebab aku ni memang pantang betul kalau orang bersin depan aku. Dari bersin la kuman leh merebak ikut udara apabila kita hidu, sebab tu bersin kena tutup mulut. Aku rasa cik abg aku tu ada resdung sebab dia memang kuat bersin bangun pagi. Hari tu hari cuti, jadi aku sambung tidur kat katil bilik sebelah. Bangun tidur yang kedua kali tu terus aku demam. Aku mengomel-ngomel marahkan en suami dlm hati sebab puncanya dia bersin la yang aku demam ni. So cara aku jatuh demam tu memang pelik kan.. Bangun pagi asalnya ok je kemudian sambung tidur, bangun lagi sekali dah demam pun. puncanya bersin suami la. Aku pernah terbaca, bila dah kahwin, badan kita akan mengesan apa yang dari suami kita sebagai benda asing. Aku faham bila baca artikel tu tapi tak pandai nak explain balik kat sini.. hehehe..
Hasil UPT yang aku buat beberapa hari selepas demam masa baby aku baru 7 bulan lebih tu, aku dapat keputusan yang macam positif sebab line kedua sangat kabur. Keesokan harinya aku buat lagi UPT, masih dapat line kedua yang samar-samar. Hari ketiga aku buat UPT dapat line kedua yang dah pekat sikit dan bila snap gambar dah boleh nampak dalam gambar. Tak macam yang sebelum-sebelum tu masa dapat faint line, kalau snap pic pun x kan nampak dlm pic, hanya leh nampak dengan mata kasar depan mata sahaja. Aku dah mula gembira, dah mula kongsi kegembiraan dengan orang-orang terdekat dan dengan suami. Suami aku kata "kabur lagi". Dia pula rabun, masa dia tengok UPT strip tu dia tak pakai cermin mata, memang lah tak nampak sangat kot. Ah aku tak peduli la dia nampak ke tak, yang penting aku leh nampak dan orang-orang yang aku share pic UPT tu pun terutama 'supplier' UPT yang aku beli secara borong tempoh hari pun leh nampak dan ucap tahniah pada aku. Aku punya excited sampai terus buat appointment dengan gynae, terus calculate EDD aku, terus cakap-cakap dengan baby sulung aku yang dia akan dapat adik. Tapi, kegembiraan tu sekejap sangat aku dapat rasa.. Keesokan harinya keputusan UPT menunjukkan line kedua yang samar semula. Jujur aku memang tak sedap hati sebab mana mungkin dah dapat double line yang agak terang kemudiannya pudar semula. Aku refer kes aku ni pada supplier UPT aku. Katanya, kalau double line pudar semula macam tak berapa baik, sebab ada customer dia yang sama kes macam aku. Dah dapat line kedua yang pekat kemudian pudar dan makin pudar lama-lama hilang, tu dipanggil chemical pregnancy ataupun kehamilan kimia iaitu kandungan yang tak jadi dan gugur awal-awal lagi. Aku tak mahu terpengaruh dengan kata-kata dia lantas sedapkan hati sendiri dengan berkata dalam hati, mungkin masa buat UPT tu cara aku tak betul (celup sekejap sangat).
Keesokan harinya aku mula rasa pening-pening dan yang paling tak syoknya bila rasa sakit perut macam nak period. Aku mula tak sedap hati sebab pengalaman aku mengandung tahun lepas, bila dah sangkut tu memang tak ada rasa sakit perut atau simptom-simptom nak mensus yang lain. Tak lama lepas sakit perut tu, aku nampak ada lendir coklat cair kat panty liner. Aku mula rasa cemas. Aku refer pada bff aku. Katanya normal tu kalau baru lekat ada keluar brown spot. Aku pun ada juga dengar kes macam tu, yang mana baru lekat tapi keluar juga sikit darah period tapi tu sebenarnya bukan period, ia dipanggil implantation bleeding maksudnya benih tu baru melekat kat dinding rahim kita kemudian ada keluar darah sikit-sikit. Tapi kalau tanya hati aku, memang aku dah rasa tak sedap hati dan seakan-akan aku nak period sebenarnya sebab kalau nak period pun keluar darah coklat dulu kan. Malam tu aku ajak suami ke klinik dan doktor yang memang biasa checkup orang mengandung tu kata, kalau dapat double line yang samar, dikira tak pregnant. Melainkan dapat double line yang pekat barulah dikira pregnant. Aku seakan macam tak boleh terima kata-kata doktor maklumlah guru aku kan si google ni.. haha.. So far banyak banyak banyak blog @ forum @ grup dalam fb yang aku baca, masing-masing akan kata double line yang samar tu pun dikira pregnant. Doktor tu tambah lagi, supplier UPT yang bagi guideline macam tu, kalau line samar x pregnant. Akhirnya aku terpaksa akur dengan kata-kata doktor bila doktor suruh aku tunggu lagi seminggu sebab kalau nak ikutkan period aku belum due pun sebab LMP aku 4hb, hari tu baru 30hb nak masuk 1hb.
Tengah malam masa tengah lena tidur aku terjaga jam 2 pagi sebab rasa darah period keluar menderu macam air hujan. Aku takut terlambak kat katil so cepat-cepat aku bangun pergi toilet. Memang banyak dan laju je darah yang keluar tu malah besar-besar dan ketul-ketul pula tu. Masa tu aku redha dan terima hakikat yang kandungan aku sebenarnya tak jadi atau istilah yang tepatnya adalah aku sebenarnya alami chemical pregnancy. Keluar dari toilet perut aku masih rasa sakit memulas tapi cuba buang air tak ada apa yang keluar pula. Aku sambung tidur dan bangun jam 9 pagi (kebetulan hari cuti), alhamdulillah perut aku dah tak rasa sakit lagi dah dan darah pun dah normal je keluar tak la terlalu banyak lagi. Dalam hati aku berkata, oooo macam ni rupanya rasa chemical pregnancy. Kalau aku tak buat UPT awal tentu aku tak sedar yang aku sebenarnya dah pregnant. Mesti aku ingat ni darah period biasa .. tapi kalau darah period biasa tak kan keluar yang ketul-ketul besar-besar dan menderu macam air hujan macam yang aku alami ni. Ramai orang yang tak sedar mereka sebenarnya ada alami kehamilan kimia ni sebab dorang sendiri tak sedar yang dorang sebenarnya dah mengandung. Ye lah siapa yang rajin dan alert sangat nak buat UPT awal-awal kan. Biasanya orang buat UPT bila dah lewat period 2-3 hari. Macam kes aku, kenapa aku suka buat UPT awal sebab aku sedang berTTC jadi bila hujung cycle dah tak sabar-sabar nak tau lekat ke tak.. hahaha.. Tak apa lah. Mesti ada hikmah kenapa takde rezeki.. Mesti ada hikmahnya kenapa tak jadi. Aku rasa ada 2 sebab kenapa kandungan ni tak jadi. sebab pertama ialah malam yang esoknya aku ada dapat double line yang agak pekat tu aku ada ML dengan suami dan mungkin air $ suami tu ada efek kepada benih yang baru nak lekat tu. Aku cuba membayangkan katalah tayar kereta kita terkena tahi kucing, kemudian kita pancit dengan air untuk buang tahi kucing yang melekat tu, dah tentu lah tahi kucing yang melekat kat tayar tu tadi akan jatuh apabila dipancit dengan air. Benih tu baru nak melekat dan tak kuat lagi grip dah kena 'pancit'.. ihikss.. Aku selalu dengar awal-awal pregnancy ni jangan bersama suami dulu. Bila dah lalui pengalaman macam ni barulah aku faham dan rasa relevan fakta tu. Sebab kedua, mungkin sebab masa beberapa hari selepas ovulasi tempoh hari aku ada alami depressed sampai 3 hari.. nangis je siang malam.. mungkin tu pun leh jadi efek juga sebab kalau nak mengandung tak boleh stress. Yang aku tahu, kalau kandungan tak jadi macam kehamilan kimia ni sebab kromosom tak sempurna jadi lebih elok ia gugur awal-awal kan.
Tu cerita bulan lepas. Bulan ni aku berjaya hamil lagi, alhamdulillah. ikut pengiraan aku sekarang dah 6w. dah semalam pun dah dapat BFP (big fat positive). sebelum ni double line juga cuma tak la sepekat BFP ni. Aku dah buat UPT seminggu sebelum due period iaitu start 28hb yang lepas. Ikut pengiraan due period aku sepatutnya pada 4hb walaupun bulan lepas aku period pada 1hb. Bulan ni lewat sikit sebab aku ovulate lambat iaitu CD20. Pada 28hb aku dah dapat faint line dan faint line tu konsisten je selama lebih kurang 3-4 hari. Pada 1hb nak masuk 2hb tempoh hari UPT aku dah mula menampakkan double line yang makin pekat dan aku menarik nafas lega sebab pengalaman checmical pregnancy bulan lepas yang mana asalnya faint line kemudian dapat line pekat kemudian samar balik membuatkan aku cukup serik dan berjaga-jaga.. membuatkan aku rajin buat UPT sebab nak tengok konsistensi HCG level dalam badan aku. Kalau dia konsisten samar selama beberapa hari itu tak kisah sebab aku buat UPT pun awal lagi iaitu lebih kurang 6 hari sebelum due period. Apabila menghampiri due period double line tu semakin pekat, alhamdulillah. Aku guna upt strip yang kepekaannya 10miu jadi walaupun HCG level kita masih rendah @ sedikit, kita masih boleh dapat positive result iaitu double line walaupun samar-samar. Kalau kita memang tak mengandung, memang tak akan dan sangat mustahil untuk dapat double line walaupun samar-samar. Senang cerita, kalau tak ada hormon HCG dalam badan kita, mana mungkin untuk dapat double line pada hasil ujian UPT. Alhamdulillah UPT yang aku beli secara borong ni pun murah je, 80 sen sahaja sekeping so beli 10 baru RM 8.00 kan berbeza kalau kita beli kat farmasi, beli sekeping pun dah mencecah harga RM10. Cuma bila beli online ni ada kos pos nya jadi untuk jadikan kos pos tu berbaloi beli banyak-banyak terus, jangan beli sikit-sikit, rugi duit pos. Aku bajet sehari aku akan buat UPT sebanyak 2 kali iaitu bangun tidur pagi dan sebelum tidur tengah malam. Pengalaman aku buat UPT tengah malam, dapat result yg sama je dengan result bangun pagi, mungkin HCG level dalam badan kita bertambah semasa tengah malam, wallahua'lam, tapi memang tak ada beza kalau buat upt pagi-pagi sebaik sahaja bangun tidur iaitu first urine of the day ataupun belah malam iaitu yang dah 4rd atau 4th urine of the day. Bulan lepas masa aku lalui pengalaman chemical pregnancy pun aku punya upt still double line walaupun aku buat UPT pada jam 2 petang padahal masa tu dah hampir-hampir turun darah 'period'.
Slm.. Sy nak tny... Sy pn bt test upt 6hri sblm due date period.. Doubline. Tp warna tak sepekat line C. Sy repeat lagi esoknya (bermkasud lagi 5hari) nk period masih dounline mcm semalam.. Preggy ke ni??? Lagi 3hari sy akan period sbnrnye ni.
ReplyDeleteAssalamualaikum puan.. Saya rase sekarang Saya pon chemical pregnancy .. dh scan khamis lepas .. masih xnampak ape .. kalau ikot dh 6 week ... Pagi ni darah turon banyak tapii xlekat pada pad .. mase buang air kecik turon banyak .. tapi bukan darah ketul, skrg ni Saya confiusss tahap saya mcm mne ..
ReplyDelete