Dah lama sangat nak tulis topik ni tapi kesibukan membuatkan aku terlupa nak update blog ni. Topik kali ini ialah UPT digital vs UPT strips atau lebih tepatnya UPT mahal vs UPT murah.
Diringkaskan cerita, aku dah serik dengan UPT digital yang clear blue tu. Aku beli dengan harga lebih kurang RM31 di farmasi D'Apotic, itu harga ahli maksudnya ada diskaun 10%. Kalau bukan harga ahli dah tentulah harga lebih lagi. Berdasarkan pengalaman mengandung yang pertama tahun lepas, aku tak akan membazir duit beli UPT digital yang mahal tu kalau belum jelas mengandung, maksudnya selagi belum dapat BFP (big fat positive) atau dua garisan yang terang @ jelas, aku tak akan guna dulu UPT clear blue. Ada kenalan aku mengingatkan, jangan test guna UPT digital tu awal-awal, sebab kalau HCG level kita masih rendah, UPT digital tu tak dapat detect dan dah tentulah akan dapat keputusan NEGATIF atau NOT PREGNANT. Aku kononnya masih nak mengekalkan cara aku sebelum ni iaitu buat urine test guna UPT digital clear blue di pagi hari aku nak pergi jumpa doktor pakar @ gynae. Pengalaman aku tahun lepas, aku buat cara macam ni la, masuk je bilik gynae, terus tunjuk UPT digital yang dah tertulis keputusan PREGNANT tu siap dengan tempoh berapa minggu dah conceive. Gynae tak cakap banyak, terus suruh baring untuk scan perut. Senang kan cara macam tu. Dah tak payah pergi toilet dan tadah urine lepas tu tunggu pula staff nurse buat urine test, leceh. Aku dah buat awal-awal kat rumah dan keputusannya tunjuk je kat doktor. Gynae yang aku jumpa tu pula maklumkan, UPT digital 99% accurate. Maksudnya keputusan yang tertera pada skrin UPT digital tu memang konfem la, tidak was-was lagi.. hehe.
Tahun ni, kononnya aku nak ulang cara tu lagi. Punya lah nak elak buat urine test kat hospital tu.. hikhik. Bukan apa, malas la nak pergi toilet dan buang air kat toilet luar. Aku ni jenis yang tak berapa suka pergi toilet awam. Hospital swasta, biasanya toilet dia bersih je tapi ada juga hospital swasta yang aku pergi, ada masalah air maksudnya air sinki tak keluar. Aku ni jenis yang sebelum keluar toilet mesti nak cuci tangan dulu. Utamakan hygene, hehe. Ada tu yang aliran airnya kecil, jadi tak syok la nak membuang-buang air (paip) kat toilet tu, dah namanya pun buang air kan, hehe.
Aku dah beli UPT digital awal-awal aku dapat double line, cuma masa tu masih faint line. Ditakdirkan bulan lepas kandungan aku tak jadi iaitu chemical pregnancy, jadi UPT digital tu dah tersimpan lebih kurang sebulan. expired date nya lama lagi iaitu tahun 2018. Jadi untuk conceive kali ni, aku dah bajet bila hari yang akan aku guna UPT digital tu, iaitu hari yang memang aku dah set appoinment dengan gynae untuk sahkan yang aku mengandung atau tidak. Aku dah dapat result double line beberapa hari sebelum due period. Sampailah hari yang aku sepatutnya datang period, period tak datang dan UPT double line yang makin terang. Aku dinasihatkan oleh kawan untuk tunggu dulu sampai seminggu lewat period. Tapi aku tak perlu tunggu sampai seminggu la sebab pengalaman mengandung yang lepas, masa lewat 3 hari je aku dah dapat double line yang pekat iaitu BFP. Hari demi hari alhamdulillah, double line makin pekat dan pekat. Aku seakan sedikit trauma dengan pengalaman bulan lepas iaitu double line makin cair makin cair last2 turun darah. So untuk bulan ni yang seolah dah nampak tanda jelas yang aku hamil lagi, aku buat UPT setiap hari. Dalam sehari kadang sampai 2-3 kali aku buat UPT. Punya lah aku nak alert, dalam masa yang sama sambil berdoa moga kandungan kali ni kuat dan menjadi. Segan dan risau juga kalau jadi macam bulan lepas, baik-baik dah set tarikh appoinment dengan gynae, tiba masa tak datang sebab turun darah. Lebih kurang seminggu lewat period aku jumpa gynae untuk minta doktor sahkan yang aku mengandung atau tidak. Pagi-pagi subuh tu aku bangun dan seperti biasa la, first thing in the morning mesti UPT.. haha. Ini adalah kegilaan orang yang mengharap atau menjangkakan diri sedang mengandung. Perkara wajib buat dalam toilet waktu pagi adalah buat UPT.. hehe. Aku pun dengan excitednya mengeluarkan UPT digital clear blue yang mahal dan besar gedabak tu dari bungkusannya, dah standby gunting siap-siap dalam toilet, i tell u.. hehe. Aku pun mulalah operasi urine test. Sebaik sahaja selesai mencelup urine, aku pun perhatikan skrin UPT tu. Maka keluarlah simbol hour glass tu. Aku setia menunggu selama beberapa saat, sebab selepas hour glass tu habis loading nanti akan keluarlah keputusan PREGNANT atau NOT PREGNANT. Rasa tak sabar pula. TAPIIIIIIIII............ ramalan aku jauh meleset apabila aku tak melihat apa-apa keputusan maksudnya tiada keluar keputusan PREGNANT mahupun NOT PREGNANT. Masa tu aku rasa macam sewel sikit sebab perkara pertama yang terlintas kat kepala aku masa tu adalah, MAHALLLL!! yup, benda tu mahal harganya but then bila buat ujian tak keluar apa-apa keputusan langsung. Nak kata benda tu rosak, kenapa keluar simbol hour glass tadinya tu?? Aku tak tau apa nak react. Nak menjerit ke, nak marah ke, nak sedih ke.. yang pasti aku sangat mengharap miracle, benda tu akan berfungsi dengan baik, mungkin dia pening-pening lalat tadi tu dan hanya nak buat gimik atau saja je nak bagi aku saspen sekejap. Tapi jangan haraplah. Bila skrin tiba-tiba jadi blank, tak usahlah nak mengharap apa-apa, kenalah terima kenyataan benda tu rosak atau tak betul atau gila sewel. Jauh di sudut hati aku mengharap kalaulah dapat tukar dengan UPT yang baru, tapi tak mungkin. Pada kertas manualnya ada tertera nombor cus svc untuk dihubungi tapi nombor luar negara ok, bukan nombor Malaysia, tak silap aku nombor New Zealand, no wonder lah harganya mahal sebab barang import. Untuk orang NZ senang la, baru berapa sen kot, bila dapat yang reject atau rosak, leh beli baru. Tapi kalau untuk orang Malaysia ni, harga RM30 lebih tu sangat mahal dan dengan nilai 30 lebih tu aku boleh dapat 40 pcs UPT strips plus extra 8 lagi tau sebab satu strip tu baru 80sen.
Aku refer kes aku ni kepada kawan yang biz UPT strips. Katanya dia pun serik dan dah pangkah UPT digital sebab banyak error @ masalah, dah la MAHAL!! Mahal tapi kualiti OUTTTTT..huhhhh menyirap kan.. RM30 lebih tu leh makan lunch seminggu tau, huhu. Kalau menurut kawan aku tu, katanya mungkin bateri UPT tu dah habis. Aikkk, tinggal nak keluar keputusan pregnant or not, masa tu lah bateri kong? Tak keluar keputusan berapa minggu conception tu ok lagi, asalkan keluar lah keputusan pregnant or not. Mujurlah aku dah sediakan payung sebelum hujan. Untuk urine pagi tu, aku buat 2 ujian, satu guna yang digital, satu lagi guna jenis strips yang murah tu je. Keputusan double line pada upt murah tu aku seal elok-elok dalam plastik transparent, siap stapler lagi u! Kemudian aku masukkan dalam beg tangan untuk aku jadikan bahan bukti masa jumpa gynae nanti. Motif utama aku dah tentulah malas nak buat UPT kat hospital nanti, hehe. Gynae tengok UPT strips tu dan terus kira-kira dah berapa minggu kandungan aku. Kalau ikut kiraan, 6 minggu, tapi bila scan perut, baru 5w1d. Gynae kata faktor aku ovulate lambat. Memang betul pun, heeee. Aku tahu aku ovulate lambat iaitu CD20 sebab aku rajin buat OPK iaitu ovulation prediction kit, harganya mahal sikit dari UPT strips, dalam RM1 ke RM1.20 sebatang. Esok adalah appoinment kedua aku, gynae kata 7w dah boleh dengar jantung baby. Kalau ikut kiraan, sekarang aku dah 9w preggy, tapi kalau ikut scan baru 8w la. 8w dah boleh dengar jantung baby. Pengalaman pertama dengar heart beat baby tahun lepas, tak terkata rasa kagumnya, Allahuakbar.
Sebagai kesimpulannya, yang mahal tak semestinya bagus dan berkualiti. Yang murah pula tak semestinya tak bagus dan tak tepat. Dengan pengalaman aku ni, aku rasa nak pangkah terus UPT digital clear blue tu. Masa dapat skrin blank tu macam-macam kemungkinan yang aku fikir. Sebab dah lewat sangatkah buat ujian (HCG level tinggi sangat kot sebab tu UPT tak dapat detect)? sebab lama sangatkah celup urine? sebab banyak sangatkah urine yang tercelup pada stick UPT tu? sebab celup dalam sangatkah? Pelbagai soalan dan pelbagai kemungkinan. Aku tengok tarikh expired pada kotak, hmmm lama lagi expirednya tahun 2018, takkan lah dah rosak. Atau sebenarnya benda tu benda reject senang cerita tak ada pemeriksaan SIRIM la kalau barang letrik..hikhik.
Tahniah sis!
ReplyDeletesis beli kat mana upt strips yg harga murah tu? :)
ReplyDeleteSis search je kt fb..strip upt murah..rmai yg jua..hihi
DeleteThiah sis...ya sy not prgnant...tpi sy buka clear blue tu,2 pula gris...jd mcm mna tu nk kira����
ReplyDeleteHai sis..sama kes kita..ovulate lmbt sb kitaran haid bulan lepas 35 hari.. 2 bulan lpas mmg 35hari sb nyusu anak lg kut..bulan ni seawal 3week dh dpt detect upt mula faint lines lpas 5 hari dh big fat positive. Msa tu 4 weeks 3 days kut..haha xpasti la saya..doc try scan tgk tkot msalah2 lain..tp rhim kosong jer..dia ckp nk period sb xlpas lg kitaran haid saya..dia suruh tgu 1 weeks lg..sya try digital test tau tp hbis simbol jam tu kluar simbol buku je. 😂😂😂😂 ape ke hai nye aaa...adeh..tya supplier..die ckp kilang pun hairan why be like that xpenah jadi. Hahaha..so skang tgh tgu seller tu htr ganti baru nk test mgu depan..hrp2 dpt result prgnant ke x..huhu.. 3 bulan lpas asyik chemical prgnncy... Sedih..tp pujuk hati be positive as i can..
ReplyDeleteSame la kluar gambar buku je sedih sgt😓,dah beli kt watson nk buat pe pon dah tau ble test xkluar result dah la beli rm47.90
ReplyDeleteCaesars Palace Casino - Mapyro
ReplyDeleteFind 경산 출장마사지 parking costs, opening hours and a parking map of Caesars Palace Casino 성남 출장샵 at 777 군포 출장샵 Harrah's 남원 출장샵 Rincon Way in Rincon. 통영 출장마사지